Monday, August 2, 2010

Pasir Belanda dan Cikgu Nasir Tawang


1. Harry Mulder dan ‘Pasir Belanda’



Dalam perjalanan kami (Dinsman dan saya) pada akhir Julai 2010, ada satu dua pengajaran yang boleh dikutip ikhtibarnya. Sebenarnya ikhtibar kelas ini bukanlah satu ‘ilmu baru’ yang sangat luar biasa. Tak ada.


Kenapa? Semua orang tahu, malah semua telah lama memahaminya. Mengikut frasa Inggerisnya, “Saying the obvious.


Yang tidak ada, cuma satu ― pelaksanaannya.


Pasir Belanda itu milik Harry Mulder, Kampong Banggol, PCB Road, Kota Bharu, Kelantan.


Untuk cerita yang lengkap, sila lawati: www.kampungstay.com atau Emel: info@pasirbelanda.com.



Siapakah Harry? “Saya pernah bekerja sebagai jurutera mekanikal dengan MAS dan jatuh cinta dengan Malaysia.”


“Saudara kelihatan muda. Jamu apa yang saudara minum?”. Saya ingin tahu rahasia awet mudanya.



“Ya, jamu...jambu batu!”


Kami sama-sama tertawa.

“Apakah bisnes saudara?”


“Kampungstay dan resort” kata Harry.


“Maksudnya?” saya ingin tahu dengan lebih mendalam.


“Saya pasarkan budaya Melayu. Mak Cik yang sediakan makanan untuk para pengunjung saya.”


Layarilah laman webnya Harry.



2. Cikgu Nasir dan pusaka Melayu ― keris



Cara cikgu Nasir Tawang; seorang pendidik, pesilat dan penggiat seni pusaka bangsa ini, juga tidak kurang menariknya. Cikgu (pada saya seorang pakar keris) ini memasarkan produk yang dihasilkan oleh para tukang/pandai besi tempatan melalui laman webnya ‘Cikgu Nasir”.


Cikgu yang belajar sains politik di USM ini nyata telah membawa keris melangkaui zon ‘seni, kraf, pusaka orang-orang bangsa Melayu’. Keris telah beliau komersialkan. Kesannya ― seni pertukangan keris yang sekian lama malap, kini hidup semula.



Tidak syak lagi, Cikgu Nasir dengan kreativitinya telah berjaya membantu memasarkan keris yang dihasilkan oleh para ‘pandai keris’ di Kelantan.



Silalah lawati blognya, mana tau tuan juga mungkin berminat untuk memesan senjata klonnya “Taming Sari” yang terkenal itu.



Alamatnya, CikGu Nasir ialah http://cikgunasir.blogspot.com sebuah blog yang “saya kemaskini setiap hari”




3. Pengajarannya?



Para penulis Melayu memiliki sekian banyak persatuan penulis. Ada penyair yang sudah ‘ada nama’ mendapat royalti tak sampai RM 20 ringgit setahun untuk antologi puisinya. Dan di luar sana, kita ada ramai sekali para pahlawan bahasa dan budaya.



jangan lupa bahawa

kita ada Dawama.

dan juga Gapena.



Apakah mereka tidak ingin belajar dari Harry dan Cikgu Nasir?


Gapena tak perlu ke Amerika Selatan atau singgah di Amsterdam.


Cukup ke Kampong Banggol dan Tawang saja ― cukup hanya ke Serambi Mekah.







No comments: