The last wish
As long as he could remember, all his life that has been his ways. Finding the best opportunity to drop by; he would greet the fortunate one with the usual ‘salam’, then wait patiently for the newly-returned guest to invite him and narrate the experience.
For him the years of listening to the tales of any Mecca experience, any tale for that matter, by anyone who has just returned from The Tanah Haram, The Forbiden Land has been the very reason why this life is worth living for. How else would one know, if not for the experiences of the fortunate ones ― those lucky enough to perform the hajj or the umrah?
This time around Haji Deraman, one of the richest landlords in the village, realised that the wait was a futile one. Alas, the best listener of the tales from Mecca was never to return to his veranda again. The day Haji Deraman was on his last lap of his sa’i, in Mecca, Pak Kasa collapsed in his asar prayer.
Sad yet true this time around, Haji Deraman was unable to narrate his latest Mecca experience, his thirteen to his best listener, Pak Kasa.
II)
Untuk seorang teman yang istimewa, alur kisahnya kira-kira begini:
Haji Deraman sedih dan terkilan kerana tidak lagi berpeluang untuk bercerita kepada Pak Kasa, pendengar setianya tentang kisah dan pengalamannya yang terakhir tatkala di Tanah Suci. Katanya tatkala haji yang paling kaya dan berpengaruh dalam kampong kami itu sedang dalam lap terakhir sa’inya, Pak Kasa telah dijemput ke Rahmatullah, semasa sujud pertama solat asar.
Betapa sedihnya Haji Deraman; kali ini dia tidak lagi berpeluang bercerita pengalamannya yang terakhir kepada seorang pendengar yang setia.
Mengikut cerita para malaikat kepada murai, merbah dan tupai yang saban hari muncul di laman pondoknya untuk menikmati nasi yang ditabur Pak Kasa, untuk ke sekian kalinya, Pak Kasa terus berdoa dan berdoa dengan linangan air mata dan jiwa yang tidak pernah kemarau rahmat, sesungguhnya ‘Matikanlah daku kerana rindu yang amat mendalam ini― rinduku yang tepu mau melihat KaabahMu’.
Bahang mentari petang masih lagi terasa tatkala doa Pak Kasa dimakbul Illahi.
II)
Seorang polis pencen yang terlepas peluangnya untuk membuat segala yang betul semasa menjawat jawatan tertinggi kepolisian, kini sangat resah, perih dan racau jiwanya, sementara Pak Kasa menderita rindu kerana menanggung rindu yang keterlaluan rindunya kepada Kaabah.
Pada waktu yang sama sekian ramai pula umat ini, termasuk Haji Deraman, itu tuan tanah kampong kami, sentiasa saja berulang alik untuk berlibur di Tanah Haram.
Adakah ini yang dikatakan habuan dan bahagian seseorang insan itu?
No comments:
Post a Comment