Saturday, September 4, 2010

Manusia dan nama

Manusia dan nama

(pesan buat yang empunya diri)


Pepatah lama ‘manusia mati meninggalkan nama, harimau mati meninggalkan belang’ antara lain bercakap tentang legasi iaitu ‘nama’ dan ‘belang’ yang ditinggalkan. Tentunya yang dibicarakan adalah kerja buat yang ‘baik-baik’ si pemilik nama saja. Segala ‘kerja buat’nya yang ‘tak molek’ tak akan disentuh. Itu adab yang diajar Islam.

Gajah ― mamalia darat yang besar, (terbesar?) sangat peka dengan kematiannya. Hatta anjing yang jauh lebih kecil tubuhya juga amat peduli tentang kematiannya. Maksudnya begini:


Tatkala di Sekolah Menengah dulu pernah saya melihat anjing jiran dipagut ular senduk. Anjing yang menderita itu mengerang-ngerang kesakitan. Ia tak kelihatan lagi selepas itu. Kata orang tua-tua ia mencari tempat yang jauh dari kehidupan ini untuk menghabiskan hayatnya. Jika itu peristiwa zaman ini, tentunya anjing itu telah dibawa menemui pegawai veterinar.


Dan katanya, gajah juga demikian. Gajah yang sakit-sakitan tidak akan mati di dalam kelompoknya. Ia pergi jauh untuk bersama alam.


Dalam filem “Legend of the Falls” Brad Pitt, sang protoganis juga kembali mencari alam sebagai tempat istirihatnya yang abadi. Jika tuan belum menontonnya, silalah nonton. Cerita betapa cinta kasih itu jauh lebih tinggi darjatnya jika dibandingkan dengan kekayaan, gelar dan pangkat.


Salah satu ucapan menarik abang Brad Pitt ialah, “I have got everything, but they all still love you...”

Maaf, melencong sikit...



2. Di manakah tempat istirihat kita?



Apakah kita (manusia), lebih-lebih lagi para pemimpin besar (yang sekian lama mewarnai lanskap kesejahteraan negara yang dipimpinnya), tidak terfikir akan tempat istirahat yang abadi ini?


Bayangkanlah jika semua gajah mati seenaknya dan di mana-mana saja, bayangkanlah. Lagikan gajah berfikir akan kematian dan tempat istirihat abadinya...


Bagaimana pula kita, manusia?


(Ps: Pesan ini ditujukan kepada yang empunya diri)



It is said that a sick animal, voluntarily chooses to be away from its herd to face its destiny. A sick elephant, for example leaves its herd to make its final exit. There must be a ‘purpose’ for such behaviour. Even an elephant thinks of the living before it leaves this world permanently...

There has to be a reason. Is it just sheer coincidence?


Men ― especially the most powerful amongst us, the leaders ― talk of legacies.

Are we much better off than elephants?




No comments: