Wednesday, September 8, 2010

Politik putar dan belit

“MADEY : AGAMA ISLAM , UMAT ISLAM JADI MANGSA PAS - minsider



Mahathir Mohamad berkata agama Islam dan penganutnya menjadi mangsa pemimpin PAS yang menggunakan agama sebagai senjata kelangsungan hidup dalam politik supaya parti itu terus mendapat sokongan.

Walaupun kononnya melaungkan perjuangan Islam sebenar, beliau berkata pemimpin Pas sanggup mengubah pemikiran, menukar tafsiran, dan ia memang naluri parti itu sejak dahulu akan mengenepikan Islam untuk mendapatkan sokongan bukan Islam.

Beliau berkata pemimpin PAS pintar memberikan pelbagai pandangan serta penjelasan mengelirukan dan akhirnya yang menjadi mangsa kepada perbuatan itu adalah Islam dan penganutnya.”


Apakah pengajaran dari tingkah ‘dianya’ ini?


Pertama


Inilah contoh perangai klasik cermin. Cermin yang suka mengejek. Sila saudara gantikan semua perkataan ‘Pas’ dengan ‘Umno’. Itulah maksud SEBENAR mantan si tukang karut ini.


Kedua


Mengikut pandangan kawan saya Dinsman, cara terbaik untuk mengurus mantan ini ialah dengan tidak mempedulikan sama sekali orang ini. Biarkanlah 'dianya' bercakap ‘sorang-sorang’. Kenapa? Sekali ‘dianya’ diberi perhatian, semakin gagah ‘dianya’ bangun berlawan. Itu sikap semula jadinya.


Tambahnya lagi, orang-orang seperti ini, demi kelangsungan hidupnya yang diperlukan adalah PERHATIAN berterusan...


Kalau dipakai teori ini, maka mulai hari ini Hishamuddin Rais (Tukartiub) tidak payah lagi mengulas mantan ini. Biarlah 'dianya' SENDIRIAN. Biarkan.


Saya bersetuju.


Ketiga


Dinsman juga telah menerima sms daripada peminat yang tidak diketahui asal usulnya:


“Aslkm tuan, saya merayu sangat-sangat agar tuan dan Pas dapat pergi ke Kpg Permatang tepi laut, Batu Maung, Penang. Saya cakap atas rasa prihatin saya sebagai seorang Islam. Lim Guan Eng sedang mengusir orang-orang Melayu Islam secara perlahan-lahan dari Penang. Mereka telah tinggal di sana selama 70 tahun. Ada hampir 100 tahun rumah-rumah Melayu Islam. Tolonglah pada sapa mereka nak mengadu. Lim Guan Eng banyak buat aniya kat rumah Melayu Islam...” dan seterusnya, seterusnya/


(Ada ejaan yang dibetulkan, sakit juga mata kalau terlalu kerap melihat bahasa dikerjakan)



Ini juga taktik dan teknik yang paling digemari. Inilah yang terjadi apabila, mereka yang tidak mampu berhujah dengan kepala yang waras dan berisi, lakukan. Mari lari dan sembunyi di sebalik emosi. Ini yang diajar Umno sejak dahulu kala. Taktik ini digunakan sampai bila-bila sepanjang zaman.



Kenapa tak berhujah dengan memberikan contoh, bukti dan alasan. Berikan contoh bagaimana sikapnya, CM dari Dap ini tidak seperti Umar Abdul Aziz. Kenapakah tak ada Menteri Besar Umno yang bangun mendakwa bahawa cara pemerintahannya ialah gayanya Umar. Kenapa?



Kenapakah semacam beriri hati dengan dakwaan CM yang bukan dari kalangan sahabat-sahabat Umno ini? Kenapa?



Oh, ya. Tuan Azizi Abdullah juga baru menghantar pesanan ringkasnya berhubung isu ini. Nanti kita petik dan ulas, ulasan pengarang ‘Utusan Pengguna’ ini. Insyallah.



Wangsa Maju.

8 September 2010.



No comments: