Apa masalahnya Najib dicabar Muhyiddin?
Dalam blognya Dinmerican (http://dinmerican.wordpress.com), kita petik isi-isi pokok tulisan Yow Hong Chieh (@www.themalaysianinsider.com) bertajuk: “EIU: Possible Najib-Muhyiddin Fight for UMNO Presidency” , bertarikh 30 September 2010 untuk renungan bersama.
Untuk makluman EIU ialah akronim untuk “Economist Intelligence Unit”. (Inilah petikan daripada laman maya: “The Economist Intelligence Unit is the world's leading resource for economic and business research, forecasting and analysis. Like The Economist, we are independent of all governing bodies and corporations, leaving us free to deliver accurate and impartial business intelligence’).
Kata country reportnya Unit ini, pertempuran Najib dan Muhyiddin bakal menggugat kestabilan politik tanah air kerana apabila para pemimpin Umno bertempur, parti itu bagaikan lupa bahawa Umno adalah teras pemerintahan negara. Demi untuk kebaikan negara, maka berserulah tuan Yow Hong Chieh agar pertempuran ini tidak terjadi.
Mengikut laporan portal Malaysiakini dan Harakahdaily hari ini, Najib membayangkan bahawa musibah yang menimpanya dalam tahun 1999 di Pekan ialah kerana ‘gajah sama gajah’ bertempur ketika itu, satu ungkapan yang merujuk perang Mahathir-Anwar dalam tahun 1998.
Bukanlah rahsia lagi bahawa puak-puak seperti Perkasa, sebuah NGO buah hatinya Mahathir, tidaklah begitu ghairah dengan NEM dan 1Malaysia. Perkasa dan gerombolannya bersungguh-sungguh mahu memastikan supaya orang-orang Melayu kembali secara total ke pangkuannya Umno. Namun mereka juga sedar bahawa Umno tanpa sokongan orang-orang bukan Melayu adalah Umno/BN yang tempang yang tidak menjamin kelangsungnan hayat Umno/BN sebagai kerajaan pusat.
Kerja-kerja menimbang-nimbang untuk menjuarai dua pilihan yang bertentangan tapi begitu diperlukan ini bukanlah kerja yang mudah untuk Umno (baca: Najib). NEM dan 1Malaysia amat perlu demi untuk meraih sokongan orang-orang bukan Melayu, sementara tesisnya Perkasa bahawa kuasa Melayu akan pupus jika Umno kalah juga sangat perlu ditegangkan demi untuk menggiring semula orang-orang Melayu ke kandangnya Umno. Bagi kita kerja-kerja main jongkang jungkit inilah yang dibuat oleh paksi-proksi-kroni Umno-Perkasa-Mahathir.
Namun, seperti biasa ― di negara ini ada seorang manusia yang begitu berkuasa dan perkasa yang menentukan nasib dan masa depan sesiapa saja yang mahu unggul sebagai Perdana Menteri. Oleh sebab itu sekiranya keperkasaan ini tidak dipatuhi, siapa saja yang menjadi PM terpaksa mengucapkan “Selamat Tinggal kepada jawatan Perdana Menteri”. Itu telahpun berlaku kepada Abdullah Badawi. Ia telahpun berlaku kepada semua TPM mulai dari regunya 2M yang penuh asyik maksyuk itu.
Itulah kerja Umno setengah abad yang lalu, berebut-rebut untuk menjadi kapten bahtera. Rakyat boleh tonton dan tepuk tangan. Biarlah bahtera yang dikemudikan kapten itu melaggar batu karang ― tak mengapa, asalkan nafsunya Umno sentiasa saja puas.
II)
Kita lupakan saja cerita Umno dan nafsunya itu kerana yang paling penting buat kita bukanlah lagi Umno dan cakap-cakap tentang ‘demi untuk kesejahteraan negara’ ini. Sejarah setengah abad yang lalu bersama-sama Umno telah membuktikan semua dan segala pembohongan itu. Pendekatan yang terbaik untuk seluruh rakyat (Melayu, bukan Melayu, Kadazan, Iban, Bajau, India, Sinhalese dll) ialah dengan membiarkan Umno memilih jalannya sendiri ― sama ada untuk kembali ke ‘jalan benarnya’ atau pun punah terus.
Lagi pun, kenapakah kita perlu terlalu peduli? Agamakah Umno itu? Bukankah Umno itu hanyalah sekadar wadah politik yang dengan segala tipu muslihatnya telah berjaya merebut kuasa di negara ini. Itu saja. Oleh sebab itu usahlah terus-terusan berbohong tentang sejarah itu dan perjuangan ini. Tak payahlah lagi temberang. Apa pun yang terjadi kepada Umno, biarkan: Punah, hancur, relai sehinggakan meninggalkan puing-puing ― biarkanlah. Tidak ada Umno bukanlah pula bermakna kehidupan kita menjadi terhenti dan akhirat kita menjadi gelap.
III.
Lalu, apakah kesimpulannya di sini?
Umno bukanlah agama. Umno adalah wadah politik yang perlahan-lahan menjadi pekasam.
Biarkanlah Umno dengan perangai Umnonya kerana yang paling utama ― buat kita seluruh rakyat jelata (baca: Iban, Kadazan, Kristian, Islam, Senoi dll) ialah persediaan kita untuk membina masa depan yang baru dengan menempa sejarah baru ― tanpa Umno.
So, what is the big deal if Najib is challenged by Muhyiddin? Let us all proceed with our lives, as usual.
1 comment:
Baby Tiger said...
yang menjatuhkan Islam itu sendiri sebenarnya Muslim!! haish, buat malu!
August 31, 2010 5:08 PM
Kesian Cina tu.
Yela apa yang tak di ajar pada dia adalah orang kafir tu kayu api neraka.
Macamana doa untuk Guan Eng pun dia tetap kayu api neraka haha.
Dah ajaran mcm tu.
Bukan salah sesiapa.
Lebih mengaipkan adalah menggantikan Agung dengan Guan Eng. Yang mnejatuhkan Melayu ni adalah Melayu biol macam PAS.
Dengki hati dan derhaka kepada Raja dan Negara kerana nak cium bontot Cina hehehe
Takkan masuk syurga walabagaimana PAS doakan pun. tak tahulah Guan Eng itu menganut islam PAS kehkehkeh...
Post a Comment