Leman termenung di depan pintu masuk sekolah di Bukit Panau itu. Alangkah baiknya jika Muhammad Iqbal Sulaimanku, kusekolahkan di sekolah seperti ini.
Sayang sekali ― semuanya sedikit terlambat.
ii.
Ramai ibu bapa ingin memberikan yang terbaik kepada anak-anak mereka. ‘Yang terbaik’ itu termasuklah peluang untuk belajar di sekolah-sekolah yang terbaik ― sekolah yang memiliki kurikulum, guru-guru, peralatan dan kemudahan yang terbaik. Itu adalah di antara keperluan yang paling asas dalam menyediakan yang terbaik itu.
Ada lagi syarat penting lain agar anak-anak benar-benar mendapat yang terbaik. Sekolah yang terbaik ini mestilah berupaya mengajar bahawa Inggeris yang terbaik pula. Ini bermakna, taraf penguasaan bahasa Inggerisnya anak-anak nantinya bukanlah hanya sekadar melampaui zon mengetahui dan menggunakan, “yes, no, alright” saja.
(Ini amat menghina keintelektualan ibu bapa yang rata-rata begitu yakin sekali bahawa hanya bahasa Inggeris saja yang berupaya melontarkan anak-anak mereka ke pentas dunia. Bahasa lain tidak boleh digunakan untuk mencari ilmu. Bukan main, ya bukan lain lagi pemikiran Apanamanya itu.
Hakikat ini mesti disedari sepenuhnya. Dalam dunia tanpa sempadan hari ini, tidak berupaya ‘beryes-no-dan-alright’ adalah sesuatu yang cukup merugikan. Orang tak boleh ‘cari makan’ tanpa mengetahui bahasa Inggeris. Demikianlah status bahasa Inggeris itu dalam kehidupan hari ini. Betapa luar biasanya mantik logiknya kini)
Hakikat ini mesti disedari sepenuhnya. Dalam dunia tanpa sempadan hari ini, tidak berupaya ‘beryes-no-dan-alright’ adalah sesuatu yang cukup merugikan. Orang tak boleh ‘cari makan’ tanpa mengetahui bahasa Inggeris. Demikianlah status bahasa Inggeris itu dalam kehidupan hari ini. Betapa luar biasanya mantik logiknya kini)
Leman juga cukup yakin dengan kuasa dan kehebatan bahasa Inggeris ini untuk mengisi kepala dengan ilmu. Orang menjadi dungu kerana tidak mendapat ilmu dalam bahasa Inggeris.
Setelah tamat sekolah menengah, anak-anak ini mestilah memasuki pusat pengajian tinggi. Dalam era manusia-sentiasa-mengejar-segala-yang-terbaik dan dalam situasi yang wujud sekarang ini, (hampir setiap orang Ahmad dan Dol belajar di universiti), anak-anak tidak lagi cukup hanya dengan meraih gelar graduan.
Maknanya anak-anak yang telahpun mendapat ‘pelajaran yang terbaik’ dan lulus dengan cemerlang di sekolah menengah ini, wajar sekali diterima belajar di universiti-universiti yang terbaik pula.
Makanya, ada ibu bapa pun bermimpi-mimpi bahawa anak-anak mereka kelak adalah lulusan Oxford, Cambridge, Yale atau MIT.
Bukankah hidup ini baru mencapai hakikat yang sebenarnya, jika kita tergolong ke dalam golongan yang ekslusif pula? Dan di antara cap/brand/parameter ekslusiviti itu ialah: Ijazah mestilah dari gedung ilmu yang tersohor dalam dunia.
Di sesetengah negara jiran, ada yang berpendapat bahawa yang terbaik dalam ilmu teknik (kejuruteraan) datangnya dari negara yang tertentu. Ertinya insinyur yang bekerja dalam bidang teknik dan menmanfaatkan pengetahuan ilmiah untuk menyelesaikan masalah praktis menggunakan teknologi, lebih afdhal jika lulus dari universiti yang terbaik.
Dan insinyur itu paling bagus itu katanya lulus dari universiti Jerman.
Namun ada juga yang berkata bahawa yang terbaik itu, belum cukup baik jika bukannya keluaran Sorborne. Ini ialah kerana: “The Paris-Sorbonne University is the largest institution in France focusing on the Humanities, and more particularly Classical Studies”adalah yang terbaik di buana ini.
Bagi yang belajar ilmu agama, tak kira sama ada itu Usuluddin, Syariah yang terbaik tentunya Al-Azhar.
iii.
Akhirnya, ada dalam kalangan para graduan ini yang diangkat menjadi penjawat awam. Ada yang menjadi guru, jurutera, doktor atau peguam. Tak ketinggalan ada yang dilantik pemerintahnya supaya menjaga agamanya, Islam.
Dan apabila menjadi seorang penjawat awam ― dia amat setia dan taat.
Tidak mengapa jika para lulusan universiti-universiti yang penuh berprestij, menjawat jawatan yang sangat tinggi dan besar pula pangkatnya ini menjadi manusia yang penakut, kaki ampu dan pak turut. Yang paling utama ― tuan-tuan politiknya sentiasa saja gembira.
iv.
Muhammad Iqbal Sulaimanku menjadi seorang penjawat awam yang sangat setia kepada tuan politiknya.
Iqbal sentiasa sibuk dengan tugas dan tanggungjawabnya
Nanti bila ada sisa waktunya, dia pasti menjenguk emaknya yang tiga bulan terlantar
Iqbal sudah lama tidak bertanya khabar tentang Kampung Kepala Bukit, kampung kelahirannya
Iqbal sudah hampir di anak tangga teratas dalam perlumbaan piramid kuasa
Iqbal itu adalah contoh terbaik sang setia tuan politiknya.
Iqballah yang sama-sama mencari kaedah dan jalannya bagaimana caranya dijual apa saja yang mahu dijual oleh tuan politiknya
Iqbal Sulaiman, anakku mendapat didikan yang paling cemerlang dalam hidupanya― graduan terbaik, universiti terbaik pula di buana ini.
Iqbal yang belum bersisa waktunya untuk bertanyakan dirinya: Apakah aku ini manusia yang benar-benar hidup?
v.
“Sudahlah Leman...sudahlah. Bukankah kau telah berikan yang terbaik untuk anakmu, Muhammad Iqbal Sulaiman?” demikianlah nuraninya, seakan-akan menerjah.
Entah berapa lama Sulaiman tercegat di pintu sekolah itu; dan sosok Muhammad Iqbal bin Sulaiman yang telah mendapat segala yang terbaik dalam hidupnya ― pelajaran, universiti, jawatan tidak juga berhenti menerpa.
Sebelum pulang, sempat juga Leman bertanya:
“Anak-anak yang memasuki sekolah ini tentulah hafal banyak juzuk?”
“Tidak juga. Setiap calon akan diuji kemampuan bacaan dan hafazannya. Mereka ada kaedahnya untuk menguji kemampuan anak-anak kita.”
vi.
Bagaimanakah agaknya tingkah dan telatah Muhammad Iqbal Sulaiman ― anak kesayanganku itu jika, satu waktu dulu, aku sekolahkan dia di sekolah-sekolah seperti ini?
Apakah Muhammad Iqbal Sulaiman, anakku itu kini seorang teroris ― sekaligus rasis?
Leman pasti, Apanamanya ada jawapannya. Bukankah Apanamanyalah yang muncul dengan segala gagasan besar: Sebuah bangsa dalam acuannya sendiri.
Luar biasa ― sesungguhnya Apanamanya kini ternyata semakin luar biasa dengan gagasan Melayunya.
Leman merasakan betapa air ludahnya sedemikian pahit...
No comments:
Post a Comment