Anak muda dan hutang PTPTN
Adiputra Selamat dalam Harakahdaily.net “Pendapatan tak menentu, beban bayar balik PTPTN”
(29 Disember 2010, 8:56 pagi), antara lain merayu begini:
“Saya adalah bekas pelajar di universiti awam dimana kos pengajian saya adalah melalui pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Setelah pendedahan demi pendedahan diutarakan dalam akhbar-akhbar milik Kerajaan Pusat, kini PTPTN merancang untuk memastikan para peminjam membayar balik pinjaman pengajian mereka melalui potongan gaji bermula pertengahan tahun 2011. Pada pandangan saya, ini boleh memberi bebanan kepada para peminjam khususnya yang baru tamat pengajian.
Pinjaman PTPTN kebiasaannya adalah pilihan terakhir setelah segala usaha untuk mendapatkan pinjaman/biasiswa pengajian daripada sumber lain seperti yayasan negeri dan lain-lain tidak berjaya. Ini adalah kerana umum mengetahui bahawa kos pentadbiran yang tinggi yang menjadi penyebab utama bebanan peminjam untuk membayar balik pinjaman tersebut. Kehidupan para pelajar selepas tamat pengajian masih tidak menentu kerana pasaran kerja yang amat terhad tidak seimbang dengan berpuluh ribu jumlah graduan yang baru tamat pengajian setiap tahun.
Dalam keadaan ekonomi negara yang masih belum stabil, semestinya pasaran kerja menjadi lembap kerana rata-rata majikan lebih mengutamakan pekerja yang berpengalaman sekurang-kurangnya dua tahun untuk diambil bekerja dan pengambilan pekerja adalah berdasarkan daripada sistem internalization iaitu pengambilan pekerja yang disyorkan oleh staf-staf dalaman sahaja. Ini mendorong kepada terhadnya peluang pekerjaan kepada graduan yang ramai di luar sana kerana tiada tawaran kerja diiklankan dalam akhbar atau internet.
Oleh itu, kedapatan masih sangat ramai graduan kita yang masih belum bekerja atau bekerja secara sampingan di mana pendapatannya tidak menentu dan ini menjadikan bebanan untuk mereka membayar balik pinjaman PTPTN.

Dari soal pendapatan pula, rata-rata graduan Ijazah yang berjaya mendapat kerja hanya menerima purata gaji bulanan sebanyak RM2,000 sahaja dan trend majikan kini lebih berminat untuk membayar seorang pekerja yang boleh bekerja untuk bebanan lebih seorang pekerja. Dengan jumlah gaji bulanan seperti ini (sesudah ditolak KWSP), ia mendorong kepada tekanan yang tinggi lebih-lebih lagi kepada para lepasan Ijazah yang bekerja di bandar seperti Kuala Lumpur dimana
segala kos seperti penginapan, makan minum, bil-bil utiliti, tempat letak kereta harian, harga petrol yang baru sahaja dinaikkan Kerajaan, kenaikan kos-kos barangan harian (banyak yang tidak dikawal) dan lain-lain untuk ditanggung dengan gaji bulanan yang rendah. Umum mengetahui bahawa pendapatan isi rumah RM2,000 sebulan adalah tergolong dalam mereka yang berpendapatan rendah apatah lagi bagi peminjam yang sudah berkahwin pada usia muda.
Faktor bekerja secara kontrak juga mendorong kepada tekanan untuk membayar balik pinjaman PTPTN ini kerana tiada keselamatan dalam pekerjaan seseorang itu kerana sesudah tamat kontrak, peluang untuk terus bekerja adalah 50-50.
Sukar untuk mendapatkan pekerjaan tetap pada waktu sebegini memandangkan biasanya majikan lebih memikirkan keuntungan syarikat berbading hak pekerja serta faktor kestabilan ekonomi yang tidak menentu. Tidak semua majikan mahu menawarkan kontrak pekerjaan dengan gaji bulanan yang tinggi.”

Sementara itu dalam “Lasykar Pelangi” oleh Andrea Hirata (PTS Litera Utama Sdn Bhd, Batu Caves, Selangor, 2009) dikisahkan begini:
Bu Mus adalah seorang guru yang pandai, karismatik, dan memiliki pandangan yang jauh ke hadapan. Beliau menyusun sendiri silabus pelajaran Budi Pekerti dan mengajarkan kepada kami sejak awal pandangan-pandangan dasar moral, demokrasi, hukum, keadilan, dan hak asasi―jauh hari sebelum orang sekarang meributkan soal materilaisme lawan pembangunan spiritual dalam pendidikan. Dasar-dasar moral itu menuntun kami membuat susunan khayalan nilai-nilai integriti peribadi dalam konteks Islam. Kami diajar menggali nilai luhur di dalam diri sendiri agar berperilaku baik kerana kesedaran peribadi. Mata pelajaran Budi Pekerti yang hanya diajar di sekolah Muhammadiyah sama sekali tidak seperti kod perilaku formal yang ada dalam konteks legaliti institusi nasional seperti tujuh ikrar atau pedoman-pedoman amalan lainnya.
“Solat tepat masuk waktu, supaya dapat pahala lebih banyak.” demikian Bu Mus selalu menasihati kami.
(halaman 25)
ii.
Yang terbayang dalam kepala kita ialah: Apakah agaknya yang terjadi tatkala para pemimpin kita datangnya dari sekolah-sekolah yang dididik oleh Bu Mus ini?
Apakah para pemimpin ini akan riuh rendah dengan segala macam prasarana agung yang berbilion-bilion ringgit itu atau apakah mereka lebih senang menangani rintihan anak muda seperti Adiputra Selamat.
Adakah tuan juga salah seorang daripada sekian ramainya Adiputra atau apakah anak dan saudara tuan juga adalah Adiputra itu?
Maka setiap kali orang bertanya: Apakah yang tuan protes tanpa henti-henti, apakah jawapan yang akan tuan berikan?
Kita menjawab begini: Berikanlah kami para pemimpin yang takut dan sedar bahawa hidup ini bukanlah sekali...
Amin.
No comments:
Post a Comment