Thursday, December 30, 2010

Kita bertanggungjawab kerana meredhainya


JKKK dan klonnya.


Apabila Umno/BN kalah di sesebuah negeri, tentulah Umno/BN akan hilang tampuk perintahan yang dikuasainya selama ini dan juga segala institusi, prasarana dan kadang-kadang tenaga dan sumber manusia yang dikuasai sepenuhnya semasa berkuasa.    

Salah satu daripada institusi tersebut ialah JKKK, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (sesekali kedengaran juga orang menyebutnya sebagai Jawatankuasa Jin Kuda Kayu).  Apa yang Umno/BN lakukan setelah mereka kalah ialah mencipta klon, duplicate (ada juga yang menyebutnya sebagai hantu raya yang dipelihara untuk memporak-perandakan kerajaan negeri yang tidak dikuasainya itu) iaitu JKKP.  ‘P’ itu untuk ‘Persekutuan’.

Dalam konteks ini, kita kerap membaca bidasan/kritikan Tok Guru Nik Aziz apabila memperkatakan sikap politik Umno/BN ― betapa tidak demokratiknya Umno/BN ini.  (Orang sering mengistilahkan perangai ini sebagai ‘a sore loser’, kira-kira tak jantanlah/tak gentleman dalam pertandingan.)

Kita tidak tahu apakah sikap Kerajaan Pas Terengganu dan juga Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah sekarang ini,  terhadap tindak tanduknya Umno/BN dalam hal-hal begini.  Apakah perkara ini mereka bangkitkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ― setidak-tidaknya sebagai rekod untuk diteliti oleh anak cucu kita nanti?   Apakah kita hanya perlu melihatnya  semua ini berlaku kerana ‘itulah perangai semula jadi Umno/BN’ dan oleh sebab itu, kita tak perlu berbuat apa-apa?

Sikap kita yang tidak membangkitkan dan membantah sekeras-kerasnya isu-isu seperti pengwujudan JKKP dan Jabatan Pembangunan Persekutuan di negeri-negeri yang Umno/BN kalah,  seolah-olah menghantar mesej bahawa kita membenarkan@kita redha dengan amalan yang sangat songsang seperti ini dan ― itulah sebab utamanya kenapa kita berdiam diri.

Bukankah kebejatan melantik saingan ini sangat tidak sihat; kelakuan yang sangat TIDAK  demokratik ― perbuatan yang menghina pilihan rakyat jelata? 

Kalaulah ‘ya’, kenapa agaknya kita tidak menjelaskan isu-isu besar ini kepada rakyat?


ii.

Bagaimanakah pula pandangan akar umbi dalam perkara ini?

Marilah kita teliti dua sms seorang teman dan rakannya,  pengerusi JKKK sebuah kampung di Kedah:

Soalan: Salam. Sejak tuan pegang pengerusi JKKK adakah pengalaman/cerita yang menarik?  Macam mana lawan tuan jkkp?

Jawapan:  Walaikumsalam. Pengelaman byk, cuma atas kehendak sendiri, kita x perlu lawan jkkkp, depa buat keja sepa, kita buat krja kita yg penting kita ikhlas nak bantu masyarakat. Buat masa la ni tak ada masalah.


Yang jelas pengerusi jkkk sebuah kampung di Kedah ini juga tidak melihat bahawa jkkp itu adalah sebuah entiti yang haram.


iii.


Begitulah kita dan segala sikap ‘biarlah’ kita.  Kita dan sikap ‘biarlah’ sehingga tokoh  seperti Syed Shahir, mantan bosnya MTUC tidak pun dilihat oleh SELURUH parti Pakatan Rakyat sebagai satu aset yang amat penting.   Orang utama yang memimpin kesatuan sekerja di seluruh negara tidak pun dipandang ― walaupun sebelah mata.

Tak betul?  Apakah beliau menang dalam saf kepimpinan Pakatan Rakyat?   


ps: Sebelum bahan ini dimuat ke blog, telefon bimbit berkicau:

‘Ntn beli minyak masak lebeh sikit, dia org nak naik harga.’

Hmmmm, alahai...




No comments: