Thursday, December 16, 2010

Akulah yang lebih superior

“Non-Muslims opt for harmony, not debate with Islamic scholars
By Debra Chong
December 16, 2010

KUALA LUMPUR, Dec 16 — Malaysia’s inter-faith umbrella group today baulked at recent remarks by Muslim scholars that their religion is superior but refused to be drawn into a public debate, saying they preferred dialogue to keep the peace.

Malaysian Consultative Council for Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) president Reverend Thomas Phillips reaffirmed the group was committed to promoting harmony and understanding in multireligious Malaysia, pointing to warming ties between Muslims and non-Muslims in the past two months.

“It’s just a theological stand and everybody, every religion has its own,” he told The Malaysian Insider today.

“It’s no problem to us,” Phillips said, saying that both the Muslim and non-Muslim sides had been reaching out to each other to hold joint activities at the grassroots and were beginning to build up on trust.

Scholars at a forum hosted by the International Institute of Islamic Understanding (Ikim) had said that accepting religious pluralism meant other religions were equal to Islam, which they claimed was superior.”  - The Malaysian Insider


_____________________________________________________________


Di negara kita, isu-isu bangsa dan agama kerap dijadikan bahan mentah oleh sesetengah pihak untuk pelbagai menu dan juadah.  Bangsa dan agama ini selalunya digoreng, direbus, direndam,  dipanggang, disalai, dibakar, dijemur  atau mungkin juga diperam demi untuk membangkitkan selera amarah, benci, takut dan bimbang, meluat, menyampah dan segala emosi yang sebangsa dengannya,  sebelum hasil masakan agama-dan-bangsa itu dihidangkan kepada para pelanggan.   

Mengikut para pemilik restoran yang berpengalaman, dorongan utamanya ialah untuk mengepung pelanggan, dan katanya restoran yang paling bagus menggoreng, pasti dan dijamin TIDAK akan kecewa dalam perlumbaan menambat hati para pelanggannya ini. 

Oleh sebab itu sekiranya tuan ingin membuka restoran yang baru, (Zaid Ibrahim, misalnya) sediakan bangsa dan agama sebagai bahan mentahnya.  Tuan pasti tidak akan kecewa dengan hasilnya.

 
Di sini kita cuma ada satu soalan yang masih saja terlekat ― dan tersekat-sekat di kerongkong:


Adakah ‘falsafah’ ‘aku lebih gagah dan superior dari kamu-kamu semua’ itu satu pra-syarat yang paling penting dan lagi utama dalam berdakwah (baca: amalan dakwah, bukan teorinya)?

Kita mohon supaya mereka yang amat arif dalam hal-hal Islam dan methodologi dakwah ini supaya perjelaskan sedikit aspek-aspek ini.  Penjelasan ini perlu oleh sebab kita berpendapat bahawa orang yang buta agama juga (lebih-lebih lagi yang empunya diri ini), tidak begitu gemar kepada mereka yang selalu mendabik diri ‘akulah yang lebih superior.’

Atau sudah sesatkah aku ― dengan bertanya begitu?

Na’uzubillah...






No comments: