kita telah redha
(robohnya sebuah lagi institusi kita)
asal usulnya sepele cuma
citra induk, buncit perutnya
wadahnya sederhana sekali
bening air kita juga takungi
benihnya sekecil hama
jentik-jentik akhirnya
musibah itu, kita redhai
kini, mati akal menentangnya.
ii.
jelas sudah hukum, karmanya
kita jua pada celaka semua
dosa masa lalu kerana penuh alpa
apatis, tidak acuh, masa bodoh
terima dan akur, sangatlah redha kita
parasit pelesit puaka itu membiak,
menetas, membiak, membesar
rakus, ganas, maha durjana.
puaka jadinya.
puaka kita sama-sama ternak itu
hari ini ― mengamuk semau-maunya
dobrak runtuh puncak tamadun
parlimen kita diserang jakun!
iii.
kitalah penabung dosa
membiarkan, sangat redha
akur, patuh ― masih masa bodoh
menternak pemerintah
korup, rasuah ― maha zalim!
iv.
rakyatlah kuasanya, penawarnya
ke mari pru 13, ayuh segerakan
kita lunasi hutang piutang itu!!
wangsa maju,
17 Disember 2010
No comments:
Post a Comment