Saman ekor dan impilkasi kerja buat sang tikus.
(Sumber berita: Harakah bilangan 1600, halaman belakang)
Kalau tidak salah, inilah kali pertama dalam sejarah negara ini sekumpulan Ahli Parlimen Malaysia berkawad ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum, mohon perkenan agar undang-undang yang baru saja diluluskan oleh Parlimen itu dibahas semula oleh Parlimen yang sama!
Katanya, Rang Undang-Undang yang dikenali sebagai Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (pindaan) 2010 telahpun diluluskan dengan tergesa-gesa sehinggakan terdapat Ahli-Ahli Parlimen yang tidak berpuas hati dan terpaksa mengambil tindakan susulan dengan merayu kepada Yang Di Pertuan Agong.
Bayangkanlah tanggapan cucu cicit kita@zuriat keturunan kita apabila persitiwa ini mereka baca kelak. Kita sememangnya hebat bukan?
Pelik tapi benar, namun itulah yang berlaku di negara kita ― sebuah negara yang kaya raya fahaman serba serbi ‘bolehnya’ telah menunjukkan dengan jelas kepada rakyat jelatanya, bagaimanakah proses sebenar perjalanan demokrasi negara mereka, telah diperalatkan. Tragedi berhubung sikap dan mindset ‘asal lulus sebagai undang-undang’ menunjukkan sejelas-jelasnya perjalanan dan tahap kualiti proses demokrasi negara kita. Kata Dato’ Mahfuz, masa yang diberikan untuk membincangkan Rang Undang-Undang yang besar pengaruhnya terhadap rakyat itu ialah dua jam dan setiap orang mendapat lima minit untuk membahaskannya.
Apakah yang terkandung dalam RUU JPJ itu? Kata Dato’ Mahfuz, antara lain ia melibatkan isu-isu besar seperti berikut:
a. Saman ekor yang masih dipertikaikan kesahihannya serta jumlah saman berjuta-juta ringgit Malaysia yang perlu dikorobek dalam-dalam dari celah-celah poket rakyat jelata
b. Masalah kemalangan maut
c. Kesalahan memandu secara merbahaya
d. Masalah pertukaran alamat atau kegagalan memberi maklumat yang betul menyebabkan penggunan jalan raya dikenakan hukuman penjara.
e. Masalah teknikal yang boleh menyebabkan hukuman penjara
Di samping itu mereka juga sangat bimbang dengan ‘bentuk saman ekor yang baru dengan menggunakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang akan dikendalikan oleh dua syarikat swasta.’ Proses ini tidak lagi dikendalikan lagi oleh pihak polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan tetapi oleh syarikat swasta ini.
Tambah Mahfuz lagi:
‘Enam juta saman yang dikeluarkan, seperti disebut dalam Parlimen baru-baru ini, sejumlah 35 peratus hasilnya akan diperolehi oleh kedua-dua syarikat itu’
ii.
Nampkanya era men’sub’kan semuanya telahpun dan akan kekal selama-lamanya bersama-sama kita. Agaknya apa lagi dan ― yang mana lagi milik negara ini yang belum mereka swastakan?
Berbahagialah kamu, wahai rakyat Malaysia kerana sesungguhnya kamu sentiasa didahulukan.
Apakah undang-undang yang sudahpun menjadi Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (pindaan) 2010 itu juga bakal terpahat di atas besi yang terpatri mati?
Rakyat Malaysia sekalian, sila nyatakan sikap tuan-tuan dalam PRU13 nanti.
Sementara itu, kita mohon teman-teman yang celik undang-undang untuk paparkan secara terperinci implikasi sang tikus dengan Akta JPJ yang baru dipinda ini.
Kita mohon dicerahkan segala kesan-akibat-dan-implikasi tirani kelompok yang terbanyak di dalam Parlimen terhadap rakyatnya sendiri.
Selamatlah wahai kamu-kamu (termasuk aku) ― yang sentiasa didahulukan!!!
No comments:
Post a Comment