Tuesday, December 7, 2010

Semuanya Melayu belaka


5 (lima) orang Perdana Menteri (semuanya ‘Melayu’), lebih 53 tahun dan ...
(― mereka masih lagi menjerit-jerit “Ketuanan Melayu!!”)


Pagi ini semasa berbicara dalam sesi ‘Wacana Hijrah Generasi Muda’ dalam “Perhimpunan Penggerak Melayu Kebangsaan Kali Ke 13 (PPMK 13)”,  Datuk A. Samad Said, Sasterawan Negara ― Pak Samad telah menyebutnya sekali lagi:

“Lima orang Perdana Menteri dan seluruh institusi ― semuanya Melayu dan memerintah lebih lima puluh tahun,  tapi mereka masih lagi bercakap tentang ‘Ketuanan Melayu.”  Kita tidak ada pilihan lain,  kecuali mengubahnya.  Mengubahnya ― melalui undi kita.”

Sementara itu, Cikgu Azmi Hamid, Presiden Teras dalam teks ucapannya, antara lain menyebut, “ Kini riuh rendahlah kita sekali lagi dengan projek-projek super mewah dari gedung 100 tingkat kepada hub hiburan malam.  Padahal sudah dijeritkan berkali-kali, ada rakyat yang tidak cukup makan, ada orang desa yang tidak mampu menyekolahkan anak, ada keluarga yang tinggal di bawah jambatan, ada petani yang tidak terdaya mengelolakan tanahnya lagi, ada kampung yang bakal dilenyapkan atas nama pembangunan,...”


ii.


Hari ini para penyair-seniman-budayawan yang menyokong perjuangan ‘diselamatkan’ Kampung Warisan berkumpul di perkarangan Madrasah Tarbiah, Kampung Bandar Dalam, Kuala Lumpur untuk menyatakan bahawa umpan pembangunan, lebih-lebih lagi yang dipaksakan ke atas rakyat itu,  bukan saja sudah basi  malah lebih tragis ― kerap juga menzalimi rakyat.



No comments: