Thursday, January 13, 2011

Bawang dan Minyak

CT Bawang dan Cik Minyak
(Sempena kempen Anti-‘menyorok’*)

Watak:

CT Bawang, Cik Minyak (minyak masaklah, bukannya minyak pengharum ketiak) dan  gerombolan oknum dan cukong penguasa.

Tempat:

Satu hari di gudang terpencil di bumi yang sangat makmur...
Suara jeritan nyaring sayup-sayup kedengaran.

Satu-satunya Babak

CT Bawang: “Lepaskan aku, lepaskan...lepaskan...

Oknum Satu: Diam.  Hei diam!  Diaaaaaaammm! Tak habis-habis, MEMEKAK.

CT Bawang: Kau orang kurung aku buat apa.  Buat apa kurung aku???

Tiba-tiba, di luar kedengaran hiruk pikuk suasana pergelutan.

Oknum, beramai-ramai:  Heret, heret, sorok, SOROK!! JANGAN TAK Sorok.

Oknum Satu:  Hah Cik Minyak juga sudah sampai.  Selamat datang, selamat datang.

Cik Minyak:  Buat apa aku dibawa ke sini? 

CT Bawang:  Cik Minyak!!

Cik Minyak: Cik CT!!!

(Mereka berpelukan ― meraung seketika.  Sedu dan sedan sayup-sayup kedengaran apabila tirai diturunkan): 

Kita serupa, kita serupa....ehek-ehek..Kita serupa...


Tirai diturun.


_____________________________________________

(*) Di utara Semenanjung, ‘menyorok’ antara lain bermakna, ‘ sarapan pagi.’   Dalam kes ini CT Bawang dan Cik Minyak diamankan@diistirehatkan buat sementara waktu sambil dijamu makan pagi, sebelum dikeluarkan semula di atas rak-rak kedai.  



No comments: