Interlok: Dialog Paksi dan Kumpulan India
Pertemuan petang Khamis, 13 Januari 2011 di PKNS Bangi itu mencatatkan sejarahnya yang tersendiri. Sesi duduk semeja itu dirintis bersama oleh Paksi, DHPP dan yang lain-lainnya ternyata cukup bermakna dan meninggalkan kesan yang tidak mudah dilupakan.
Mengikut ketua Penerangan Pas Pusat, Suhaizan Kaiat moderator sesi, “Saya mengenali kedua-dua belah pihak, Paksi, Seniman Paksi Rakyat Malaysia yang menggabungkan teman-teman budayawan dan juga DHPP, Dewan Himpunan Penyokong Pas.”
Pertemuan muhibbah itu juga dihadiri oleh ahli-ahli MIV, Malaysian Indian Voice, ahli DAP dan ADUN Bangi Dr Shafie Abu Bakar.
Secara keseluruhan itu adalah pertemuan di antara kelompok yang rata-rata Melayu dalam kelompok sasterawan dan budayawan dan kaum India dalam DHPP dan teman-teman yang lain seperti MIV dan DAP.
2. Apakah yang mahu dicapai dalam pertemuan ini?
Mengenalpasti isu, masalah dan pandangan bersama berhubung novel, ‘Interlok’ yang menjadi teks sastera pelajar-pelajar Tingkatan 5 untuk sekolah-sekolah di Negeri-Negeri tertentu (Selangor, Wilayah Persekutuan ?).
3. Apakah yang diharapkan dengan pertemuan seperti ini?
Persetujuan bersama untuk mendengar, berhujah dan menimbang pandangan dan buah fikiran masing-masing berhubung isu ini.
4. Apakah yang telah dijelaskan dalam sesi semeja ini?
Dalam menangani Interlok ini, masing-masing berpendapat bahawa terdapat perlakuan dan petunjuk-petunjuk tertentu yang begitu meresahkan kedua-dua belah pihak.
Para budayawan misalnya sangat bimbang jika sastera itu tidak dilihat selayaknya iaitu sebagai sebuah karya kreatif.
Sementara teman-teman kaum India pula mempersoalkan apakah teks sastera seperti Interlok itu wajar dibenarkan menjadi teks sastera di sekolah-sekolah?
5. Apakah hasil yang diperolehi dalam sesi duduk semeja ini?
Kejayaan yang paling besar ialah peristiwa duduk semeja dan bercakap tentang isu-isu yang menusuk perasaan, saling bersetuju dan juga tidak bersetuju.
Di samping itu, kita dapat katakan sekali lagi ― kali ini dengan lebih tegas lagi:
“ Selamat Tinggal Politik Perkauman dan Politik Memecah Belah!!!”
No comments:
Post a Comment