Sunday, January 2, 2011

Lagi tentang keredhaan kita

Berikut ialah petikan berita dari laman “The Malaysia Insder”

“Nizar: Pakatan risks Malay support in state secretary dispute
By Adib Zalkapli
January 02, 2011

A swearing in ceremony before Sultan Sharafuddin Idris Shah has also been scheduled for January 6 and is expected to be boycotted by PR lawmakers.

Nizar had claimed that the appointment of Mohd Khusrin was part of an attempt by the Barisan Nasional (BN) administration that controls Putrajaya to stage a coup in Selangor similar to what was done in Perak in February 2009.

Nizar has now advised the Selangor government to prepare for a prolonged crisis and to explain to the public the decision to reject Mohd Khusrin’s appointment.

“As the mentri besar, he has the power to stop Khusrin from entering his office. The best thing to do is to make Khusrin miserable,” said Nizar.

“There will be further turmoil, the crisis will continue, but at least the people can be made aware of the constitution,” he added.

Nizar said that the Khalid administration would win public sympathy if it handles the issue well.
“Previously nobody knew about the Perak Constitution, but now everybody remembers it,” said Nizar relating his experience after his removal from the state government.

He also predicted that the issue would not end in Khalid’s favour, as could be seen in Perak when he tried to get the State Secretary Datuk Dr Abdul Rahman Hashim replaced.

“I tried twice, I approached the Sultan, I met Tan Sri Sidek Hassan twice to get replacement but the KSN did not bother,” said Nizar”...

________________________________________________________


Apakah yang telah menerujai mereka?


Intipati pandangan Nizar yang telah mereka rentap-turun dari kerusi MB di Perak itu, ialah mereka seolah-olah sangat ghairah sekali mahu menggunapakai rumus Perak itu di Negeri Selangor pula.  Pendekatan ini diambil mungkin mereka sangat teruja dengan kebagusan, kemantapan, keberkesanan dan keberhasilan rumus Perak itu.

Senarionya mungkin berkembang atau mungkin juga telah dirancang sedemikian rupa.  Atau apakah tidak mungkin mengikut telahannya segala para ahlul nujum mereka,  rumusnya SUK dan segala peralatan lain yang berkaitan dengannya,  bukan saja sangat berkesan tetapi agak sukar disanggah kerana beberapa alasan tertentu.

Dalam konteks ini, mereka tentulah cukup bersyukur kerana segala alat dan peralatan yang digunakan untuk merentap turun sebuah kerajaan yang dipilih rakyat itu ternyata berhasil. 

Mereka tentulah  gembira kerana rakyat jelata telah mereka tewaskan.


Apakah pula pilihan yang ada kepada kita?


Rakyat jelata itu adalah rakyat ― dan mereka BUKANLAH SEMATA-MATA bermakna Pakatan Rakyat, Umno atau Pas saja.  Orang-orang Umno, Pas, Dap, PKR dan segala Ahmad, Maniam, Chin, Demang Lebar Daun dll yang tidak berparti itu juga ― adalah rakyat jelata.    

Katanya rakyat jelata sesebuah negara itu dipimpin mengikut peraturan dan hukum hakam yang diterimapakai oleh negara itu.  Dalam konteks ini,  orang selalu berkata bahawa perlembagaan itu ‘supreme’ ― kanun yang teratas dalam sesebuah negara itu.


Apakah yang telah kita alami sejak merdeka?


Pada masa lalu, kita telah berkali-kali melihat bagaimana segala norma, adab, peraturan, prosedur, proses yang sekian lama termaktub itu telah mereka dobrak begitu saja ― demi untuk terus berkuasa. 

Dan kita (rakyat jelata) masih juga terus berdiam diri seolah-olah kita bersetuju bahawa segala tindakan itu betul semuanya.  Kata orang atas angin, “We take it lying down.”  (Maknanya kita menerimanya tanpa membantah.)   

Kita seolah-olah tidak begitu ambil kisah dengan segala yang berlaku itu, dan kita juga seolah-olah memaklumkan kepada mereka― para perakus ini: Jika kamu mahu, silakan, silalah rogollah semahu-maunya segala hak takyat itu ― kami tidak peduli asalkan ‘kamu-kamu semua’ bahagia.

Bagi kita itulah mesej yang rakyat jelata telah sampaikan selama ini.  Alasan bahawa “proteslah sehingga mati pun, ia TIDAK akan menokok sebarang hasil, membawa sebarang manfaat atau memberikan sebarang kesan.”

Kenapakah begitu sikapnya?  Kita berpendapat bahawa “mereka tetap akan melakukannya.”   

Apakah ini alasan yang tepat@jitu@munasabah untuk ‘kita-kita semua’ berdiam diri?   

Apakah makna dan implikasi berdiam diri itu sebenarnya?

JIKA KITA BERDIAM DIRI, tanpa berkata walaupun sepatah ‘uuk’, kita termasuklah orang-orang yang redha― redha dengan segala perilaku mereka. 

Apakah benar ― ‘kita-kita semua’ ini manusia seperti itu ― manusia yang sangat redha dengan ‘kejahatan salah guna kuasa’ itu berleluasa?





No comments: