Saturday, February 12, 2011

Apakah yang telah kita pelajari?


Hosni Mubarak telah dinyahkan oleh rakyatnya. 
(namun, apa jadi dengan sistem itu?)


Ya, Mubarak telah dihalau oleh rakyat jelata Mesir dari tampuk pemerintahan negara itu. 

Dengan pengnyahan bekas diktator teman sekongkolan Amerika itu, apakah ini bermakna bahawa segalanya ― dengan sendirinya ― menjadi baik?

Apa yang bakal terjadi dengan segala sistem yang ditinggalkan? 

Seluruh struktur yang mendukung kewujudan regime diktator negara itu masih lagi di sana:

Di sana tenteranya yang telah mengambilalih kuasa;

Di sana ^masih ada sistem kehakiman yang dipenuhi oleh segala jenteranya
Di sana ^masih ada SPRnya, yang telah sekian lama, dengan segala tipu muslihatnya pertahankan Mubarak.
Di sana^masih  ada sistem zalim yang belum dimusnahkan.
Di sana, masih ada...

ii.

Apakah semua itu HANYA wujud di Mesir dan ― tidak ada di negara kita?
Apakah kita tidak memiliki sistem yang sama sepertimana yang ada di Mesir itu?
Apakah, misalnya SPR ― telah berubah?
Apakah xyz kita telah berubah ― untuk ― menyebelahi rakyat jelata?
Apakah seluruh sistem kita itu menyebelahi rakyat (dengan bertindak adil) misalnya dalam PRU13 itu?


iii.

Apakah kita ―rakyat negara ini ― telah belajar dan pelajari daripada peristiwa ini?



No comments: