Monday, February 21, 2011

Asal saja ada janjinya?


Soalan kedua: Tidak mengapa jika janji tinggal janji?

Nampaknya persoalan apakah janji-janji yang sering diungkapkan oleh parti politik itu dipenuhi atau tidak ― bukanlah satu persoalan yang penting.  Yang lebih utama ialah bahawa di sana ada gerentinya@perakuan bahawa orang-orang Melayu mesti dan akan terus dilindungi.

Pengalaman seolah-olah menunjukkan bahawa orang-orang Melayu tidak begitu peduli apakah semua itu hanyalah janji palsu atau itu adalah manipulasi@putar belit oleh Sang Penguasa demi untuk mengekalkan pengaruh dan kuasa. 

Maka untuk memastikan janji ‘Orang-orang Melayu tidak pernah dilupakan’ maka pelbagai kaedah digunakan.  Dan salah satu kaedah yang kerap sekali digunakan ialah dengan membakar emosi, melemparkan provokasi,  menaburkan keraguan dan menimbulkan rasa tidak selamat,  walaupun sebenarnya semua ini mungkin saja permainan kata yang palsu belaka.

Untuk memungkinkan agar keadah membakar emosi ini berjaya, pelbagai taktik dan teknik digunakan.  Sekiranya kaedah biasa, iaitu melalui saluran politik tidak lagi begitu berkesan,  kaedah menyewa pearanan sub-kontaraktor emosi akan digunapakai.  Anehnya para subkon ini,  bebas dan merdeka untuk mengapi-apikan sentimen kaum walaupun apa yang diucapkan itu sangatlah memudharatkan kesejahteraan rakyat negara ini!

Soalan susulan:

Apakah pandangan yang dibentangkan di atas, betul atau salah?  

Kalau tidak tepat, di manakah andaian yang tidak tepat itu?

Jika betul, kenapa dan mengapakah terdapat sekelompok orang-orang Melayu yang masih rela dan senang hati ditipu _ dan dengan begitu mudah sekali?



1 comment:

lan fisherman said...

ini bukan pandangan , ini lebih merupakan rintihan jiwa seorang insan ingin melihat baldatun toyyibatun wa robbun ghofur ,di era ini adakah lagi insan yang sanggup turun takhta kekayaan/pangkat demi mendaulatkan Islam dan menyatakan haq .. mereka yang tengah bergelumang dengan ideogi penzalim hanya mengharapkan pejuang/pendakwah yang melarat ini menjatuhkan pemerintah yang zalim ini tanpa menghulurkan bantuan apa-apa dan hanya meyokong siapa yang menang sahaja .Golongan inilah yang menyebabkan pemimpin korup menabur pelbagai janji merapu dan kebanyakan daripada kita hanya menyedarinya setelah senja menjelma... Ya Allah Tetap Kanlah Perjuanganku