Perkara 153 yang selalu dibangkitkan
...
“Selepas keputusan pilihan raya akan datang diketahui umum, dan sekiranya “Ketuanan Melayu” yang menang, sudah tentu ramai yang akan meninggalkan negara ini, yang membawa kepada kehilangan tenaga kerja dan pembayar cukai. Ada juga yang akan membawa keluar kekayaan mereka yang pastinya akan menyebabkan kemerosotan pelaburan asing dan terus membantutkan perkembangan ekonomi, yang akan menjerumuskan Malaysia ke lembah kegelapan dan tidak dapat diselamatkan lagi.
Apa yang tinggal nanti hanyalah rangka sebuah negara yang sepatutnya menjadi satu contoh demokrasi dan negara majmuk untuk rakyat pelbagai kaum.
Kita sememanyanya berada di persimpangan bagi mencari halatuju negara.
Sebagai satu peringatan, jalan keluar kepada “Dilema Melayu” ini adalah seperti yang pernah disebut negarawan, Allahyarham Tun Dr Ismail yang mengatakan persoalan kedudukan istimewa orang Melayu hendaklah ditentukan oleh orang Melayu sendiri kerana dengan semakin ramai Melayu yang berpendidikan dan mendapat keyakinan diri, mereka sendiri akan menghapuskan kedudukan istimewa ini. Ismail percaya kedudukan istimewa adalah satu penghinaan kepada kemampuan orang-orang Melayu.
Selepas 53 tahun, adakah orang Melayu belum cukup berpendidikan dan mempunyai keyakinan?
Selepas 53 tahun, adakah kita orang Melayu masih tidak tahu tentang punca sebenar masalah kita?
Selepas 53 tahun, adakah kita masih tidak cukup Melayu untuk bertindak sebagai pelindung keadilan, pemberi kesaksamaan, maruah, persaudaraan, kebebasan dan kesejahteraan untuk semua yang memilih untuk bersama-sama kita sebagai warga?
...”
Nurul Izzah Anwar
(Tuesday, August 31st, 2010)
“Wacana bersama Perkasa untuk permulaan baru Malaysia: Malaysia atau Malaysaja?”
ii.
Petikan di atas menunjukkan pandangan seorang pemimpin generasi muda berhubung masa depan zuriat keturunan kita sebagai satu bangsa.
Lihatlah bagaimana persoalan kedudukan istimewa ini telah ditanggapi dengan jelas sekali oleh seorang Timbalan Perdana Menteri kita pada satu ketika dulu ― hari ini lihatlah bagaimana seorang anak muda, pemimpin anak muda telah bangun memperingatkan kita tentang hakikat yang perlu dihadapi oleh orang-orang Melayu pada hari-hari muka.
Baginya ― orang Melayu yang gagah mestilah mampu berdiri tegak sebagai satu bangsa yang gagah, penuh keyakinan diri ― tanpa dibebani rasa hina kerana masih melihat dirinya lemah dan tidak terdaya.
2 comments:
Bangsa Melayu sebenarnya belum merdeka dari meminta-minta.
bangsa adalah nikmat dan anugerah tanda kebesaranNYA melayu,cina,india,iban,arab,semua adalah bangsa namun yang terbaik adalah yang paling bertaqwa
Post a Comment