Dr Mahathir seorang yang bijak – Nik Aziz
Harakahdaily |
KOTA BHARU, 3 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui Tun Dr Mahathir Mohamad seorang yang bijak dan mencadangkan kebijakasanaan beliau itu digunakan untuk Islam.
"Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT," kata Nik Aziz dalam satu tulisan khasnya bertajuk "Isu Nasionalisme : Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir."
Beliau menjawab serangan Mahathir kepada beliau ekoran keengganan Nik Aziz turut menyerang Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew yang meminta umat Islam mengurangkan keislaman mereka.
"Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh Umno. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan Umno. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew," kata Nik Aziz dalam tulisannya itu.

...
Sebagai penutupnya, TGNA menyeru:
Akhir kata, saya akui Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam. Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT.
Jika saya ditanya adakah saya telah mengajak Tun Mahathir dan rakan-rakan sealiran dengannya agar meninggalkan aliran nasionalis sekular dan menerima Islam yang syumul, saya Insya-Allah akan menjawab : (Ya Allah, aku telah menyampaikan..)

____________________________________________
Ini bukanlah kali pertama kita mendengar pandangan TGNA bahawa sesungguhnya mantan itu seorang yang bijak. Sayang sekali, pandangan dan nasihat ini seolah-olah tidak pernah diperhatikan.
Seperti biasa segala hujah yang dibentangkan tidak dipedulikan dan ‘dianya’ tetap dengan kepandaiannya. Paling bagus, ‘dianya’ melencong atau pura-pura tidak mendengar bahawa di sana ada hujah yang wajar dijawabnya dengan serius dan bersungguh-sungguh.
Masih ingat wacana terbuka di antara mantan dengan al-marhum Ustaz Fadhil?
Mungkin, baginya itu semua hanyalah sekadar sebuah pesta untuk berloyar buruk.
ii.
Perhatikan seruan TGNA dalam penutup suratnya.
Berapa keratkah orang-orang yang masih ‘hidupnya-dan-juga-matinya’ hanyalah untuk Umno itu membaca surat@mesej terbuka seperti ini?
Apakah akhbar Umno mempunyai keberanian untuk menyiarkan surat seperti ini? Alangkah baiknya jika surat terbuka ini dijadikan editorial muka depan Utusan, misalnya.
Apakah surat ini telah diterjemahkan ke bahasa Mandarin dan Tamil?
No comments:
Post a Comment