Thursday, February 3, 2011

Tahi hidung Gergasi

15 Juta kali korek, sekali korek RM 300.

Malam itu, Seman mengira-ngira untung yang bakal dipungut oleh syarikatnya: 

Mengikut congak-congak bodohnya, untuk satu kali korek yang telah dijadikan Undang-Undang oleh Sang Penguasa, syarikatnya akan mendapat 35% daripada hasilnya.

Katakanlah hasil minima yang diperolehi daripada satu korekan ialah RM 300 (Ringgit Malaysia Tiga ratus Saja), maka syarikat Seman bakal mengutip RM 105 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Lima Ringgit Saja). 

Jika dibulatkan, katakanlah RM Satu Ratus saja.

Katakanlah benar wujud 15 juta korekan yang belum dikutip hutangnya, maka syarikatnya Seman bakal perolehi 15 juta kali 100 Ringgit Malaysia.  Tak banyak, cuma kira-kira RM 1500 juta saja. 

Seribu lima ratus juta saja.

RM 15,000,000 x 100 = RM 1,500,000,000/=


ii.

Untuk memperolehi bisnes-yang-menghasilkan-laba-yang-makannya-tidak-bakal-habis- walaupun-sampai-tujuh-keturunan seperti ini, Seman sedar dia memerlukan kuasa.  Dengan kuasa dia dapat melakukannya.

Tapi Seman tak punya kuasa itu.  Orang lain yang memiliki kuasa itu.  Maka Seman mestilah ada hubungan dan murah hati dengan Sang Penguasa itu.    


iii.

Setiap kali Sang Penguasa mengorek tahi hidungnya, Seman berasa lega kerana rezekinya kian bertambah.

iv.

Doa Seman setiap hari ialah:

Korek, Korek ― Korek,  Jangan Tak Korek!
Aminnnn.



No comments: