Di celah-celah kehidupan
Masih ramai yang memilih untuk berpura-pura bahawa semuanya masih berjalan dengan baik dan saksama. Ertinya tidak ada apa yang perlu dirisaukan; semuanya terkawal. Jika ada yang memprotes semua hal dengan keras pula, anggaplah itu satu kelainanan.
Namun jika kita perhatikan hal-hal yang ‘remeh temeh dengan segala perincian’nya ― kita akan temui mesejnya.
“The Chinese really hate the Man! Since so long...Ayaaa... itu setanlah!!”
“The system has not been fair to all. You see, to ensure that Malays enter unversity, they have Matrikulasi. It is only for a period of one year. The standard is also low. Why can’t we have a common system? Let us all take STP, what is the problem?”
“Tuan datang ke sini tentulah bersebab kerana dengan mendapatkan lesen PSV dan juga GDL, bolehlah dapat sikit rezeki tambahan. Boleh juga bantu keluarga. Bayangkanlah keadaan harga barang-barang dapur sekarang ini, dua ribu macam tak ada makna lagi...”
“The economy? It’s bad but we, the Chinese know what to do, we’ve the ways.”
“Mereka sangat kreatif dalam mencari rezeki. Contohnya, di simpang-simpang jalan yang sesak dan trafiknya pula bertali arus, ada yang muncul untuk membantu. Trafik dikawal, tidak ada yang marah-marah, dan untuk tugasan tidak rasmi itu, mereka dihulurkan upah.” demikian Azizi Abdullah menceritakan tentang orang-orang kecil di Indonesia.
Rasanya masih segar dalam ingatan, pengalaman ‘smear Pak, smear sepatunya’ dan penyanyi-penyanyi jalanan yang sebenarnya cukup menghiburkan...
ii.
Dalam “Mak Ingin Naik Haji’, filem yang katanya terbaik setelah ‘Lashkar Pelangi’, gelar haji itu, rupa-rupanya sangat besar maknanya untuk orang yang lagi ligat mengejar pangkat dan kedudukan.
Apa pula agaknya, topik sembang-sembangnya orang-orang berduit yang kekayaannya sungguh begitu ‘melucahkan’ sehinggakan bayaran sewa hotel untuk satu malam itu, sudah lebih dari mencukupi untuk membereskan segala hutang wajib demi untuk menyara sebuah kehidupan ― seperti hutangnya PTPTNnya dua orang anak?
(Atau apakah ini yang selalu dikatakan orang sebagai penyakit dengki? Seorang Melayu yang dengki tidak mahu melihat Melayu lain senang lenang? Apa salahnya orang-orang Melayu menjadi kaya raya dan perkasa?)
Memang betul, dalam kehidupan ini, semua perkara boleh kita justifikasikan. Isa Samad juga boleh sama-sama kita justifikasikan.
(You have any problem with that ― the justification?)
Tanyalah JAKIM yang akan turun, penuh siap-siaga, untuk tanggal 14 nanti.
Hujahlah bagaimana pun, tentunya ada saja justifikasinya.
Jangan lupa bahawa ini bukanlah kecil-kecil anak, sebuah organisasi besar yang menjaga agama.
Demikianlah kita di celah-celah kehidupan ini.