Friday, February 11, 2011

Politik ubi kayu

Tong sampah, ubi kayu dan paksi silap mata

i.  Politik ubi kayu

Dalam kehidupan ini banyak liku, cerun atau tikungannya yang boleh dimanfaatkan ― untuk mengangkat diri, menggadas kawan mau pun lawan. Tentunya itu adalah kehidupan politik bejat asalkan-aku-yang-paling-untung.

Untuk mencapai hasrat itu, kita tidak boleh lupa bahawa segala yang wujud di sekeliling kita boleh dijadikan arsenal@peluru untuk membenam musuh.  Misalnya ― kita boleh saja mengangkut satu treler sarat deangan ubi kayu untuk direbus dan dihidangkan kepada para pengikut tegar yang diangkut dengan bas dari pelbagai ceruk dan rantau negeri.  

Tatkala berucap, kita bolehlah berpidato dengan nyaringnya di rostrum, “ Percayalah tuan-tuan dan puan-puan Tanah Leluhur Merung Mahawangsa yang maha perkasa ini ― inilah ― ya, inilah yang tuan-tuan semua bakal santap setiap hari andai kata, ya ― andaikata pembangkang yang memerintah negara ini!!”

Kita pun sangat gembira, malah terlalu gembira apabila tepuk soraknya bergema...demikianlah bodoh, pikun dan benaknya orang-orang itu ― gembiranya yang amat sangat walaupun mereka dihina dan diperbodoh-bodohkan dengan begitu sekali.

ii. Politik tong sampah

Musuh boleh saja menawan seluruh negeri, namun yang memegang tampuk pemerintahan pusat adalah kita.  Dengan kuasa besar di peringkat pusat itu,  segala khazanah negara masih lagi menjadi milik kita.  Kitalah yang menguasai tabung buluhnya. Dan khazanah itu, termasuklah fulus  untuk membeli tong sampah, kitalah yang mengawalnya.

Nah, kamu boleh saja kuasai pelbagai majlis perbandaran,  namun kamilah yang menentukan siapa yang boleh dan siapa pula haram diberikan tong sampahnya.

Ya, itulah politik haram xxxxx, ― namanya politik tong sampah.


iii.  Silap mata Perkasa, Satu Malaysia dan ‘Melayu sedang terancam’  

Ini dapat kita kelaskan sebagai politik silap mata.  Orang-orang yang diserang emosinya tidak dapat menggunakan otaknya dengan berkesan.  Malah orang yang diserang emosinya,  terlupa bahawa otaknya wujud dan sesungguhnya anggota tubuh yang mulia itu,  boleh digunakan ― untuk berfikir.

Di sinilah para politikawan kaedah ‘Silap Mata’  akan menyelinap untuk mempertahankan hak Melayu sehinggakan ke tetesan darah yang paling akhir.

Sebenarnya paksi Firuan-Satu Malaysia-Perkasa adalah rangkaian tiga sekawan yang berhempas pulas mempertahankan khazanah yang telah mereka rompak dan kumpulkan selama ini. 

Mereka menggunakan emosi untuk melelong orang-orang Melayu ― termasuk kelas menengahnya yang memiliki pelbagai gelar, title penghormatan dan deretan ijazah ― bukti nyata ketinggian maqam@taraf ilmu yang dimiliki.

Mungkin ada lagi kaedah-kaedah politik yang belum kita senaraikan, termasuk Opsnya Piramid itu.

  

No comments: