Dari laman Malaysiakini
“Hisham: Kadar jenayah turun, tak perlu polis bantuan Feb 10, 11 6:39pm
Cadangan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menubuhkan polis bantuan di negeri itu seolah-olah satu tanda beliau tidak menghargai sumbangan dan kejayaan Polis Diraja Malaysia dalam menangani jenayah serta menegakkan keamanan di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein.
Katanya alasan yang diberikan oleh Khalid bahawa kewujudan pasukan itu adalah untuk mengurangkan kadar jenayah di Selangor juga tidak berasas kerana indeks jenayah di negeri itu menunjukkan penurunan.
"Saya tengok ini sebagai satu usaha untuk menidakkan kejayaan PDRM selama ini khususnya dalam konteks NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) di mana jelas menunjukkan penurunan kes-kes dan indeks jenayah di Selangor," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Putrajaya.”

___________________________________________________
Sila dengar semua ― sila dengar dan perhatikan wahai rakyat Selangor sekalian: Kata Tok Menteri yang jaga keselamatan “kewujudan pasukan itu adalah untuk mengurangkan kadar jenayah di Selangor juga tidak berasas kerana indeks jenayah di negeri itu menunjukkan penurunan”
Sila tanam betul-betul dalam kepala hotak ― Selangor, indeksnya turun.
Sementara itu Tan Sri Khalid, boleh tunggu setahun lagi untuk membuat permohonan baru, apabila indeks naik semula. Good luck, Tuan ― good luck.
Dan para penduduk pelbagai taman perumahan di seluruh Selangor yang telah mewujudkan pelbagai kaedah pertahanan: Bentang-pagar-sekatan dengan kawalan-rumah pengawal dan sebagai dan sebangsa dengannya, bolehlah turunkan tembok dan benteng pertahanan masing-masing.
Indeksnya telah turun ― syukurlah.
No comments:
Post a Comment