Undang-undang: Kapak itu
Dalam Revolusi Perancis, guillotine ― alatnya pemenggal kepala manusia adalah salah satu daripada sekian banyaknya iconnya revolusi itu. Alat yang cukup mengerikan, gruesome ini telah memotong kepala ramai rakyat Perancis, termasuk Permaisurinya (“Kalau rakyat tak ada roti, kenapakah mereka tidak makan kek?”) yang begitu dibenci oleh rakyat jelata.
Undang-undang JPJ 2010 yang telah mengabsahkan Saman Ekor sehinggakan para pemandu boleh disenaraihitamkan adalah salah satu contoh kudratnya pemerintah melalui Parlimen, terhadap rakyatnya. Semua pemandu berkemungkinan besar menerima hadiah akibat pelaksanaan undang-undang ini.
Mereka yang engkar dan tidak mahu menyerah kalah kepada Saman Ekor ini telahpun menerima akibatnya. Mereka TIDAK dibenarkan untuk memperbaharui cukai jalan masing-masing, kecuali untuk tempoh enam bulan saja .
Ya, sebagai permulaannya, para pemandu yang telah disaman ekornya, diberikan peluang untuk perbaharui cukai jalan mereka untuk tempoh enam bulan saja. Setelah itu mereka bolehlah simpan kereta masing-masing di rumah. Atau bagaimana kalau kita ramai-ramai parkir di sepanjang lebuh raya Utara-Selatan?
Entah berapa ramaikah rakyat yang bangkit menentang Undang-Undang yang antara lain bakal melahirkan dua buah syarikat tukang kutip saman. Entah syarikat milik siapa ― kita hanya boleh menebak-nebak.
Sebagai permulaan, kita lihat apakah yang akan terjadi pada:
Program: Himpunan Kempen Anti Saman Ekor
Tarikh: 16 Februari 2011
Masa: 9.00 malam
Tempat: Dewan Muhibbah, Taman Bolton, Sri Gombak.
Yang dijemput: Mangsa Saman Ekor
Pemimpin yang hadir: DSAI dan Datuk Mahfuz Omar
ii.
Ada lagi satu Undang-Undang yang bakal menjadi kapak yang sudah dihayunkan, iaitu Akta Mesin Cetak ― katanya yang akan dibentangkan tidak lama lagi. Senjata perlu ini, bertujuan melengkapi dan mempersenjatai Umno/BN dengan kapak hayun supaya suara-suara rakyat dapat dibungkamkan sebelum PRU 13 nanti.
Ya, undang-undang itu, jika sudah menjadi undang-undang bakal menjadi satu lagi kapak yang sudah dihayunkan. Kata sesetengah para pemerhati undang-undang, sebagai contoh, sesiapa saja yang menandatangani bantahan di talian (on-line protest) seperti bantahan terhadap idea bangunan Wawasan 100 Tingkat itu, boleh didakwa. Jika ini yang terjadi, adakah lagi rakyat masih berani bersuara?
Apakah maknanya semua ini?
Umno/BN benar-benar mahu melihat rakyat ― dengar dan patuh.
Apakah tugas kita?
Sekadar melihat dan berpeluk tubuh?
1 comment:
Saman Ekur atau Saman kepala?
Saya selalu berdepan dengan SM Mohamed Idris, Presiden CAP dan selalu berhujah dengannya dalam hal isu semasa.
Apabila saya bersungut tak puas hati itu ini, komplen itu ini, SM Mohamed Idris bertanya kepada saya:
Apa yang you buat?
Saya bantah, jawab saya.
Apa yang you bantah dan bantah macam mana?
Saya beritahu saya sangat kecewa jika kita komlen langsung tak didengar oleh pihak berkenaan.
Dia tanya lagi; apa yang you buat? Ada tulis surat? Ada buat bantahan? Dan Bila saya kata pihak berkenaan masih tidak peduli, dia tanya lagi; ada you turun di jalan? Ada you buat bantahan, keluar beramai-ramai?
Saya cuma koro.
Kalau tidak, lebih baik jangan buat bising-bising.
Haaa, salam.
Jadi 16 Februari ni, apanya, haaa?
Melayu adalah bangsaku.
azizi abdullah
Post a Comment