Sin Chew Daily 2011-02-09 19:16 Pandangan Lim Sue Goan diterjemahkan oleh Soong Phui Jee
Not much change in political scenario
The Pakatan Rakyat has consolidated the Chinese support, but it still suffers defeats in rural areas as Umno is working hard to consolidate support of the Malays and reclamation farmers.
Umno will continue introducing plans to protect the economic status of Bumiputeras to fight the Pakatan Rakyat's people-centric economic approach, welfare state, measures benefiting the people and its 100-day reform plan.
Umno has responded to the Pakatan Rakyat policies, particularly PKR adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim's stand on abolishing the New Economic Policy (NEP). Also, PAS, which has shown non-Malays its open and liberal mindset, has gradually lost its religious appeal.
...
The current local political scenario is not much different from previously, even though some actors and some roles have changed.
___________________________________________________
Kita petik sebahagian daripada pandangan di atas untuk perhatian para aktivis Pakatan Rakyat, khususnya mereka yang terlibat secara langsung dengan organisasi massa lebih-lebih lagi orang-orang Melayu.
Apakah rumusan penulis ini berhubung tanggapan orang-orang Melayu terhadap Pakatan Rakyat?
Cuba kita perhatikan inti dan pati pandangan penulis ini:
Sebagai pendekatan untuk menentang dasar Pakatan Rakyat yang menjurus kepada rakyat, cita-cita mengwujudkan negeri berkebajikan, segala tindakan yang menguntungkan rakyat jelata dan pelan reformasi 100 harinya ― Umno akan meneruskan rancangannya untuk melindungi ekonomi orang-orang Melayu.
Sebagai reaksi kepada polisi Pakatan Rakyat, khususnya gagasan DSAI untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru, Umno juga tidak pernah ketinggalan memberikan responsnya.
Pas menunjukkan pemikirannya yang terbuka dan liberal, telah secara perlahan-lahan kehilangan daya tarikan agamanya.
Beliau juga merumuskan bahawa senario politik semasa tidak banyak berubah, kecuali para pelakonnya saja yang berbeza.
Dalam ulasannya yang lain, penulis telah menegaskan bahawa ketakutan orang-orang Cina terhadap negara Islam sudah kendur dan oleh sebab itu, isu negara Islam tidak lagi menakutkan mereka.
Sokongan dan kemarahan orang-orang India juga telah reda. Pakatan Rakyat telah kehilangan sokongan kaum India ― mereka telah kembali kepada Umno.
ii.
Apakah yang boleh kita tanggapi daripada tulisan di atas?
Bagaimana jika kita katakan begini ― apakah pandangan ini, tepat atau pun meleset?
Bahawa:
Mesej Islamnya Pas tidak dapat menembusi tembok kefahaman sedia ada orang-orang Melayu, khususnya berhubung dengan cita-cita Islamnya Pas. Bagi mereka, apa yang wujud dan yang telah dibina oleh Umno itu sudah lebih dari mencukupi.
Oleh sebab itu, orang-orang Melayu tidak perlu lakukan apa-apa perubahan. Amalan Islam sedia ada sudah cukup baik.
Yang paling menentukan dalam kehidupan ini ialah menyelesaikan masalah ekonomi. Jika ekonomi orang-orang Melayu dipelihara dengan baik (tidak kiralah sama ada benar atau hanya sekadar retorik/cakap-cakap saja), itu sudah cukup mencukupi. Umno telahpun laksanakan kerja-kerja ini. Dan nyatanya Umno, tanpa segan silu meniru segala idea Pakatan Rakyat walaupun ia sebenarnya resah (Pelan 100 hari Pakatan Rakyat, sebagai contoh).
Soalan kita selanjutnya ialah:
Apakah pandangan Pas dalam isu-isu dakwahnya? Pertama sekali - apakah parti itu telah berjaya dalam kerja-kerja dakwah Islamnya? Apakah impaknya dakwah Pas terhadap orang-orang Melayu? Kalaulah mesej Islamnya Pas itu boleh dan mampu meleraikan kegusaran orang bukan Melayu, khususnya orang-orang Cina, bagaimana pula dengan orang-orang Melayu? Apa dan di manakah masalah dakwahnya di sini?
Apakah yang membuat orang-orang Johor tidak tertarik dengan brand Islamnya Pas? Apakah ini disebabkan oleh kefahaman mereka bahawa amalan Islam sedia ada yang mereka amalkan sudah lebih dari mencukupi? (rujuk tulisan Saidah Hairan tentang amalan Islamnya orang-orang Johor) atau ada sebab-sebab lain yang perlu diketahui?
Apakah pendekatan, misalnya demonstrasi terhadap setiap konsert maksiat itu, lebih berkesan atau gaya hidup sederhana para pemimpin Paslah yang lebih meyakinkan?
iii.
Kita ingin membawa satu kes yang lebih khusus berhubung kerja-kerja dakwah ini. Soalannya pernah kita pos ke dalam blog ini, iaitu jawapan ‘agama’ bijak pandai Islam, khususnya dalam Pas berhubung hujah KJ John dalam kolumnya di Malaysiakini.
Kemusyiklannya, kira-kira begini:
“Kenapakah kita (maksudnya yang Islam) bersusah payah menjadi polis moral dalam kes minum bir, misalnya. Apakah tidak cukup jika kita menjaga diri masing-masing agar menjadi baik dan tidak berdosa daripada keluar menjaga kehidupan orang lain?”
(Untuk perhatian, bahasa dan nada yang digunakan oleh KJ John jauh lebih lembut dan sopan daripada apa yang kita sampaikan di sini.)
Apakah kita menjawab dengan memetik Ayat 110 Ali-Imran (?) itu kepada KJ John dan segala peminat agama Islam?
Bagi kita, isu utamanya ialah cara@methodologi dakwahnya. Oleh sebab itu, kita mohon sekali lagi agar soalan atau kemusyiklan nyata seperti yang diutarakan oleh KJ John ini dijawab dengan ilmu agama yang dimiliki oleh para pejuang Pas.
Mungkin ini yang lebih elok dan lebih sesuai kita tumpu dan utamakan jika dibandingkan dengan pelbagai soalan tentang jin, misalnya.
Wallahuaklam.
No comments:
Post a Comment