Dongeng kuno
Anak-anak, ini sebuah dongeng untuk menglipurkan hati anak-anak yang lagi lara ― cerita tentang musang di mahkamahnya ayam.
Tajuk ceritanya: Dari mahkamah ayam
Mahkamah ayam bersidang lagi pagi itu. Kes musang berbulu ayam, menangkap ayam kerana dituduh mahu menyamar menjadi ayam.
Entah bagaimana ceritanya telah terbawa-bawa sehingga ke dalam kelambu dan ― seterusnya ke atas katil. Katanya, mahu mengenalpasti jantina tertuduh.
Pagi itu, 16 Febrauri 2011 ialah sesi soal balas pihak yang kena tuduh. Soalan tentang jantina ayam.
Peguam bela I: I put it to you ― saya taruh sama kamu ― kamu sebenarnya berbohong? Apa betul kamu tidak BOHONG? Kecuali bohong besar?
Kemudian daripada itu, entah kenapa ditanya pula pelbagai soalan tentang: hal-hal intimatenya ayam. Melodi sesinya, kira-kira begini:
(Mengikut lagu ‘ayam’nya, Jalil Hamid)
dubur ayam,
kemaluan ayam,
ereksi ayam,
hangat ayam,
pancut ayam,
tegang ayam,
buntut ayam, tahi ayam, telur ayam
seluar dalam ayam,
berak ayam,
kentut ayam...
alalahaii..dubur ayam.. ulang 10X.
Maka, ayam-ayam di seluruh alam ― termasuk yang dalam kampung, di hutan, di pantai, di atas pokok, dalam dan luar reban, dalam dan luarnya gua, dan juga pulau ― semakin pelik.
Ayam-ayam pun MARAH yang amat sangat kerana segala hal yang disembunyikan di bawah bulu dan seluar bangsanya ayam, dibentangkan untuk perhatian umum.
Ayam semuanya semakin marah. Ayam marah kerana mereka diperbodoh-bodohkan dengan cerita di dalam dan di luar seluar. Masa, wang untuk membayar gaji Tok Hakim Mahkamah ayam, dibazirkan dengan cerita lucah tentang musang yang menyamar sebagai ayam.
Ayam-ayam semua bersatu padu lalu berkokok ― Satu, tanda bersetuju penuh dengan mahkamah Satu Ayam.
Sebenarnya ayam se antereo alam, telah lama marah ― mereka tahu mahkamah ayam itu dikendalikan musang-musang berbulu ayam.
Tamat.
1 comment:
musang sekarang bukan setakat berbulu ayam malahan berdaging ayam
Post a Comment