Berdebat cara Ali Rustam macam budak-budak Ahmad Danial (Harakahdaily) |
JASIN, 14 Feb: Pelbagai pihak menyifatkan cabaran Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mencabar pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) berdebat dengan cara berceramah bersebelahan sebagai kebudak-budakan dan tidak matang. Akhbar semalam melaporkan, Mohd Ali (gambar) berkata beliau boleh menjawab apa yang diperkatakan oleh penceramah PAS secara terus dengan berceramah di sebelah ceramah PAS. Timbalan Ketua Penerangan PAS negeri, Yusof Wahab berkata Ali Rustam tidak faham maksud debat sebenar. "Cadangan beliau untuk berdebat secara bersebelahan adalah cadangan yang menggelikan dan kebudak-budakan. "Itu bukan debat, itu melolong dari jauh yang menyebabkan pendengar dari kedua-dua pihak tidak akan mendengar apa yang diperkatakan oleh pendebat," ujarnya. |
...
____________________________________
Kita boleh saja tertawa atau pun tak ambil pot dengan cadangan begini atau sekelas dengannya ini. Ia dilontarkan di kedai kopi. Sebelum habis kopi secawan dihirup, sebelum lelaki itu pulang ke rumah untuk menjerkah bininya,
“Nasi dah masak? Aku lapar, nak metekedarah!!”
Apa yang dapat kita simpulkan dengan sikap yang sebegini? Apa pun, setidak-tidaknya kita boleh renungi cara mereka ini berfikir:
Contohnya:
Kita menghadapi masalah pembuangan bayi yang amat serius. Ramai yang mengandung sebelum bernikah, maka timbullah masalahnya kepada anak-anak muda dan juga kepada orang tua-tua yang memiliki anak-anak dara yang hamil.
Para pejuang agama percaya, akar umbinya mestilah diubati. Puncanya mesti diatasi atau setidak-tidaknya diperangi supaya masalah ini tidak lagi menjadi masalah.
Lain pula pola pemikiran orang-orang ini ― kita bina saja sekolah khas untuk para pelajar hamil. Kata mereka ini, masalahnya sudah selesai.
Adakah tuan pelik, jika kita saling jerit menjerit semasa berkempen?
Kenapakah mesti pelik, bukankah itu pola dan standard pemikiran puak-puak ini?
Dinsman, eloklah minta Sdr Raz Ali di Melaka sediakan speaker yang besar-besar dan ― banyak-banyak untuk kita, Paksi berlawan jerkah di Merlimau.
Selamat datang ke alam rimba ― Satu Rimba.
No comments:
Post a Comment