Monday, February 14, 2011

Mencipta laba politiknya

Seperti biasa, mereka memilih untuk berdiam diri

Ya, seperti biasa mereka berdiam diri, atau memilih untuk berdiam diri.  Mereka yang kita maksudkan ialah para pakar bidang selain daripada yang ditauliahkan oleh pihak yang berkuasa,  untuk bertindak atas nama Islam. 

Maka kita dimaklumkan bahawa ada sesetengah watak, apabila bercakap tentang Hari Valentine,   secara terbuka dalam tv, menyerang pihak-pihak tertentu dengan bahasa yang katanya tidak boleh diterima baik. 

Ramai yang bangun untuk menyatakan bahawa itu semua kerja bejat ― lagi tidak Islamik. Ia mengajar anak-anak muda ke kancah maksiat yang dilesenkan. 

Rasanya tidak ada ibu bapa yang waras yang mahu membenarkan anak-anak mereka bereksperimen dengan hal-hal dalam sexxxr ini.  Ada kerja lain yang lebih wajar diutama ― dirayakan.    

ii.

Ada satu dua isu yang menarik untuk perhatian kita bersama, baik yang Islam maupun yang Budhha, misalnya.


Soalan Satu:  

Apakah kita (contohnya, Islam dan Buddha) tidak boleh duduk semeja untuk bertukar-tukar pandangan untuk bersetuju/tidak bersetuju atau bersetuju untuk tidak bersetuju, dalam isu seperti ini, sebelum ada dalam kalangan kita yang mengisytiharkan bahawa kamu adalah kumpulan bejat, penyebar maksiat?

Soalan kedua:

Apakah kita tidak nampak bahawa yang paling banyak mendapat untung daripada pelbagai acara/event seperti  ‘Hari Valentine’ adalah para kaum kapitalis?  Tak nampak?  Sungguh naif sekali kalau tak nampak.

Soalan ketiga: 

Dalam konteks menyebarkan budaya hiburan yang berlebih-lebihan dan melampaui batas ini, di negara ini ― siapakah yang PALING PAKAR?  Siapakah yang mengawal, mendidik, membenarkan, menghalang semua ini boleh dan tidak dibolehkan di negara ini?

Ibu bapa?  Pembangkang?  Institusi yang diamanahkan?  Siapa?



Soalan keempat: 

Soalan cepu emas kepada para pendakwah sekalian.  Apakah tuan-puan senang dengan kaedah yang diterapkan selama ini?

Kaedah: Menyerang, mengintip, mencerca, memperlekeh-lekehkan orang lain  dan tak kurang juga yang mengancam itu dan ini?

Kita tidak tahu kenapakah para pakar bidang, orang-orang agama seolah-olah membisu dan menjadi penonton,  kecuali Pas (?) yang bangun berkata bahawa mereka akan turun untuk mengedarkan risalah dan juga mengajak untuk berdialog/berbincang.

Akhir sekali,

Siapakah yang mahu menjuari isu seperti ini?  Adakah laba politik yang tersembunyi di sana?  Atau ada agenda yang lebih besar untuk dikaut untungnya?

Begitukah paksinya 1M-1F-banyak P bertindak?

_________________________________________________  

Dari laman:  http://en.wikipedia.org/wiki/Dakwah
Da‘wah or Dawah (Arabic: دعوة‎) usually denotes the preaching of Islam. Da‘wah literally means "issuing a summons" or "making an invitation", being the active participle of a verb meaning variously "to summon" or "to invite" (whose triconsonantal root is د ع ى). A Muslim who practices da‘wah, either as a religious worker or in a volunteer community effort, is called a dā‘ī, plural du‘āt. A dā‘ī is thus a person who invites people to understand Islam through a dialogical process, and may be categorized in some cases as the Islamic equivalent of a missionary, as one who invites people to the faith, to the prayer, or to Islamic life.[1]



No comments: