Tuesday, February 15, 2011

Mesir kepada manusia Melayu


Perstiwa Mesir dan Tunisia, tak mungkin sirna


Ya, Mesir dan Tunisia tak akan pergi dari ingatan segala manusia yang berfikir.  Mungkin hanya  segelintir, ya mereka yang boleh dibilang dengan jari,  yang sibuk memikirkan perut dan periuk nasi yang tidak mendambakan semua ini.  Mereka inilah yang berdoa, siang dan malam ― ‘Mesir dan Tunisia, janganlah kau sampai ke mari!”

Bayangkanlah apabila para pemuda Islam tampil ke depan untuk mempertahankan gereja yang dibakar dan para pemuda bukan Islam melindungi-melingkungi-membentengi para  demonstran Islam yang sedang sembahyang, apa lagi yang mahu difitnah dan diapi-apikan oleh segala Sang Tiran termasuk yang ada di negara kita?

Seperti kata DSAI semalam (14 Februari 2011,  jam 8.30 malam) sebuah hotel di Ampang bahawa tidak ada seorang Melayu pun yang tidak ada pengalaman peribadinya dengan Mesir.  Ya, bagi setiap manusia Melayu, tidak ada seorang pun yang TIDAK ada pengalamannya dengan Mesir.  Maksudnya begini: Setiap manusia Melayu mengetahui-mengenali-mengalami Melayu lain yang pernah bersekolah di Mesir.  Melayu itu mungkin saja saudaranya, anaknya, bapanya, gurunya atau imamnya...

Demikianlah Mesir kepada orang-orang Melayu.

Hanya mereka yang takut lagi bebal yang mahu menidakkan hakikat ini!

Mesir dan Tunisia... bila lagi?


3 comments:

Unknown said...

Mesir dan Tunisia akan sampai ke sini...

Anonymous said...

Tukang Kebun,
Saya tak yakin Mesir dan Tunisia sampai ke sini, untuk kesekian kalinya dalam jangka 50 tahun akan datang.Ini bukan kerana kebajetan praknya demokrasi dan korupnya pemimpin, tetapi semai yang tumbuh masih padi malinja juga, kecuali padi ditanam lalang yang tumbuh.
-Tukang Sapu

lan fisherman said...

oiii tukang sapu mesir dah lama bertapak kat kelate