Alahai orang-orang politik
(peringatan juga ditujukan kepada orang-orang bukan politik ...)
Ada satu dua berita menarik untuk renungan kita bersama, pertama ― laporan (yang katanya, bocor) kemelut PKR Sabah. Laporan oleh Malaysiakini itu antara lain menggunakan kata-kata, ‘intrig’ dan ‘thriller.’ Kalau tuan membacanya, tuan akan faham maksudnya.
Dan kalaulah apa yang digambarkan itu benar ― dan benar belaka ― tidak ada sesiapa yang mahu menghormati manusia yang namanya, politikawan itu... (dengan peringatan bahawa orang-orang bukan politik pun ...)
Kita hanya ada soalan ini untuk orang-orang Sabah yang kelihatannnya begitu gencar dengan slogan “Sabah for Sabahans” itu.
Apa nak jadi di Negeri Bawah Bayu itu?
ii.
Mengikut kefahaman kita yang naif dan banyak pikunnya tentang kehidupan ini, pemimpin itu wujud kerana didambai kepimpinannya. Mereka boleh saja hidup sehelai sepinggang dan ada yang benar-benar meninggalkan alam ini sehelai sepinggang. Pemimpin itu lilin. Itu takrif yang naif tentang pemimpin.
Ya, ramai yang ketawa terbahak-bahak bahawa itu adalah kefahaman yang pikun, bodoh dan naif tentang pemimpin. Namun itulah yang menjadikan kehidupan sekitar pemimpin dan kepimpinan itu demikian besar sehinggakan ia menjadi dorongan yang tidak mudah dihadam akal yang waras.
Ini satu contohnya: Menjadi makmum di JKR 10 pada satu zohor adalah nikmat yang sukar dilupakan...
“Berbaloi aku ke Kota Bharu kali ini...” ― demikianlah reaksi seorang teman. Reaksi yang bukan dibuat-buat. Baginya itulah pertemuan yang begitu menggembirakan walaupun peristiwa sedemikian telah berlaku berulang-ulang kali! Yang jelas, dia tahu di sana satu tak ada projek yang bakal dihulurkan.
iii.
Dalam konteks kepimpinan juga, dalam laman Malayasikini Feb 8, 11 3:08pm ada berita berikut oleh Aidila Razak: 'Pelantikan Isa Samad buruk untuk pasaran.'
Antara lain, kita temui:
“Pelantikan bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai pengerusi Felda menyebabkan pasaran saham menjadi tidak menentu, kata ketua pegawai eksekutif, Maybank Investment, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.”
Mungkin juga inilah yang begitu menggumbirakan apabila tuan menjadi seorang politikawan! Tuan bakal laku dan laris ― sepanjang hayat. Dan bila mati, dimuxxxkan.
iv.
Ha...ha.. berapakah harta Qarun Moden Mesir itu, 70 bilion USD?
Mungkin juga tatkala matinya nanti, ornag ini juga berhasrat untuk dimumiakan dengan pembalut emas, berlian, permata, zamrud yang termahal yang boleh ditemuinya di alam ini. Mungkin juga begitu.
(Peringatan: Jangan lupa, kita pun mungkin lebih teruk daripada itu, jika mendapat peluang yang sama)
v.
Apa pun jangan sampai lupa, temujanji kita bersama rakyat Mesir:
(Dan Amerika serta sekutunya pun sibuk mencari penggantinya...)
Tarikh: Jumaaat: 11.02.2011
Masa: 2.00 petang
Tempat: Sekitar masjid klcc
‘Semua beramai-ramai dijemput untuk buat biadap!’ (pinjam ungkapannya Hishamuddin yang bukan Menteri itu.)
No comments:
Post a Comment