Monday, February 28, 2011

Rakyat dibenarkan marah-marah

Hari Amarah SeNegara


Semasa sembang-sembang dalam pertemuan CAP, di Pulau Pinang ― ada yang membawa satu usul bagaimana mahu mencari kaedah terbaik untuk rakyat jelata menyatakan kesepakatan mereka.  Ya, seluruh rakyat jelata sama-sama keluar, untuk menunjukkan bahawa mereka adalah rakyat yang BERSATU PADU.

Mereka keluar beramai-ramai untuk menyatakan rasa AMARAH mereka.  Maka dalam senarai amarah itu, antara lain, termasuklah:


ii.

Isteri A, marahkan suaminya

Kawan kawan B, marahkan kawannya si C.

Sekumpulan pendatang Mongolia mahu marah kerana kes Altantuya belum selesai.
(Alasannya: Setiap malam, hantu itu selalu saja bertandang ke puncak bukit ― betul-betul, di depan pangsa purinya)

Datin marah-marah,  bahasa Inggeris anaknya tak lagi laku diperagakan, semua itu gara-gara ppsmi, dimansuhkan.

Para pekerja Dewan marah, dan marah-marah kerana mereka semua lambat diswastakan seperti Dermawa.

Penduduk Jelebu marah-marah,  kerana kata mereka akhir-akhir ini, Jelebu selalu saja hujan  
(Rekod sebagai bandar yang paling kering tidak dapat dipertahankan lagi.  Ada juga yang berkata, orang-orang jelebu marah kerana seorang amah Indonesia kelihatan merayau-rayau di jelebu)   

Panglima Perkasa marah-marah di Pasir Mas kerana ada yang asyik berhujah Hang Tuah itu Cina.

Ada yang marah-marah kerana novelis,  tidak peka,  lalu bermimpi dan menulis tentang hal yang bukan-bukan, termasuk Kutty itulah Maharaja Kerala.

Badak di hutan, juga di Ulu Klang dan di Putrajaya marah kerana dituduh pekak.

Ketam berarak menunjukkan manusialah yang sewel, tidak berjalan seperti ketam.

Bangla dan Myanmar marah kerana kad pengenalan yang dijanjikan belum lagi mereka terima.  (Ada yang berkata  tarikhnya belum diketahui, mereka diminta banyak-banyak bersabar)

Ada hantu dan jin yang marah-marah kerana ada ulamak asyik sekali bercakap tentang kehidupan mereka sedangkan masalah manusia masih lagi banyak yang belum diselesaikan.  (Hujah mereka: Itu belum dikira masalah kerajaan perpaduan dan fatwa tentang acara mengejar orang mahu berkonsert)

Ramai yang marah kerana hanya ekor saja yang disaman, kepala dibiarkan.

Pendek kata, ... senarainya amarah rakyat itu cukuplah panjang.

Khabarnya,  kerajaan-rakyatlah-yang-didahulukan itu, telahpun bersetuju untuk membenarkan hari istimewa ini diadakan.

Polis DIARAH dan DIBERIKAN AMARAN YANG PALING KERAS, supaya simpan segala topi, cota dan trak merah saga mereka di dalam stor, Lapangan Terbang Sungai Besi yang mahu dilelong itu.

Mereka, kerajaan-yang-amat-kasihkan-rakyat ini,  masih lagi mencari-cari hari yang sesuai untuk acara itu.



iii.


Sementara menunggu harinya diumumkan kerajaan, tuan dan puan bolehlah senaraikan dan sediakan sepanduk dan segala plakadnya untuk merayakan hari protes itu:


‘HARI AMARAH RAKYAT SENEGARA’


Sama-samalah, kita tunggu saat tayangannya.


  

No comments: