Kata-kata hikmat pemimpin besar kita.
(Sila baca juga: “Malaysian Politicians Say the Darndest things” Amir Muhammad )
Pertama: Pakatan lebih hipokrit dari BN, kata Ali Rustam
Ayat pengakuan orang besar Umno, bahawa sesungguhnya:
Pertama: BN hipokrit (munafik)
Kedua: Orang besar Umno Melaka ini beranggapan bahawa parti lawannya juga seperti partinya, ― Umno
Ini satu lagi kandungan petikan dari laman The Malaysian Insider, 28 Februari itu:
Kedua: “Saya nak cakap sudah 32 tahun baru anak jadi calon tapi (Datuk) Nik Abdul Aziz (Nik Mat) sudah 22 tahun (perintah Kelantan) tapi dia punya anak sudah jadi guru besar.
Lihatlah, betapa susah payahnya orang ini mencari satu ‘contoh besar’, demi untuk menjejerkan dirinya supaya setaraf dengan TGNA.
Di samping itu. orang kuat Umno Melaka ini juga cuba memberitahu para pengundi Merlimau bahawa jawatan guru besar itu boleh diagih-agihkan, jika seseorang itu ‘besar’ di sesebuah negeri.
(Apakah selama ini, itulah yang ‘diam-diam’ mereka lakukan, di negara kita?)
Orang kuat Umno ini juga menyamakan dirinya― setaraf TGNA.
Ya, memanglah wujud persamaanya. Mereka sama-sama CEO negeri. Mungkin persamaannya hanya terhenti di situ saja.
ii.
Setelah lebih 53 tahun merdeka, inikah sarap fikiran yang kita perolehi daripada para pemimpin kita. Inilah petunjuk mudah: Orang-orangnya yang MEMIMPIN kita selama ini.
Makanya,
Apakah kita perlu terkejut dengan keadaan kita di negara ini?
No comments:
Post a Comment