Wednesday, March 2, 2011

Tangguh dulu, ketawanya


Dari laman “The Malaysian Insider”


“Utusan’s role is to back Umno, says editor 
By Adib Zalkapli:  March 01, 2011

KUALA LUMPUR, March 1 — Utusan Malaysia is duty-bound to support Umno and Barisan Nasional (BN), the daily’s group editor-in-chief told an internal inquiry today probing charges that a senior journalist had tarnished the newspaper’s public image.

The first day of Utusan’s domestic inquiry against National Union of Journalist (NUJ) president Hata Wahari saw group editor-in-chief, Datuk Aziz Ishak, defending the daily’s pro-government stance.

According to Hata, Aziz had told the inquiry that it was the duty of the Malay-language newspaper to defend the interests of the ruling BN coalition.

“He explained that the position of the newspaper is to support Umno and Barisan Nasional,” Hata told The Malaysian Insider, after the end of the first day of the inquiry.

...”

_______________________________________


Para pemimpin Pakatan Rakyat jangan terlalu cepat ketawa dengan berita di atas. 

Apakah akhbar-akhbar parti tuan-tuan itu mampu telus, bebas dan merdeka dalam memerdekakan buah fikiran kritis-lagi-kontroversial para pembacanya? Ertinya ― dan misalnya, apakah para editor akhbar rasmi parti tuan-tuan,  berani  membenarkan kritikan keras dan pedas para pembaca apabila melihat bahawa Lembaga Disiplin Parti tuan, misalnya tidaklah begitu kompteten?

Pembaca ini berpandangan bahawa Lembaga Disiplin itu,  sekadar mahu mempamerkan kepada khalayak bahawa tindakan disiplin telahpun diambil,  walaupun keadilan yang diharap-harapkan itu sebenarnya tidak kelihatan dilaksanakan.  Ini satu tuduhan yang berat dan mungkin juga sangat kontroversial.  Apakah akhbar tuan bersedia menyiarkan bahan-bahan seperti ini? 


Ini satu lagi contoh.  Bolehkah editor tuan membenarkan surat-surat kritis para pembaca yang berpendapat bahawa tulisan sesetengah kolumnis (yang juga terdiri daripada para panglima besar parti itu) bukanlah terlalu bagus untuk disiarkan berterusan, setiap keluaran.  Ada dalam kalangan pembaca yang berpendapat bahawa tulisan itu tidak bermanfaat kepada parti apatah khalayak di luar parti (yang sembunyi-sembunyi membeli akhbar parti tuan). 

Bolehkah maklum balas yang pedas dan pahit ini diterima baik?

Apakah editor akhbar tuan bakal ‘selamat dan sejahtera’ daripada sebarang tindakan keras para panglima parti?


ii.


Seorang teman selalu berpesan, jika ada pemimpin yang terlalu asyik mengisytiharkan kepada para pengikutnya bahawa “saya terbuka, silalah kritik,”  berhati-hatilah,  sebelum mengkritik. 

Fikirlah sekali, dua kali, tiga kali ― malah seribu kali sebelum membidas para panglima parti.
Ada yang dendamnya,  seolah-olah tidak akan padam sampai ke hari kiamat.

Apakah moral tulisan begini?

Usahlah ketawakan Umno dan Utusan, janganlah ketawakan episod sedih Utusan Malaysia di atas.

Tragedi itu bukannya bermula semalam.  Ia bermula dalam tahun 1961.  Dan orang-orang Melayu, seperti biasa,  telah membiarkannya berlaku.

Walaupun (ditakdirkan)  Pakatan Rakyat memerintah negara kita satu hari nanti, belum tentu akhbar-akhbar kita akan mencapai kemerdekaannya.

Itulah sebabnya kita selalu mengajak, menyeru dan menggesa berulang-ulang kali,  agar para pemimpin dan anggota persatuan penulis ― janganlah terus-terusan berfikir bahawa penulis mestilah sentiasa memilih jalan yang selamat atau lebih teruk menjadi pengampu tulen. 

Tegaklah jati diri tuan sebagai penulis ― jadikan diri-diri tuan penulis-sasterawan sejati, bukannya Tok Ampu yang bejat.



No comments: