Monday, April 11, 2011

Kita pertahankan Putrajaya sehingga ke titisan mani terakhir...


Program Anti Fitnah Taman Melewar 10 April 2011



Malam tadi bertempat di Markas Tarbiah Pas, Taman Melewar, Gombak kepimpinan Pas Batu di bawah kepimpinan Cikgu Ishak Surin telah mengadakan program “Sanggah Fitnah TV3, Utusan & Kosmo.”  Di antara penceramah termasuklah Cikgu Ishak, Cikgu Normala (calon Pas yang tenang di Tenang, kata Cikgu Azmi Hamid), Sdr Rozan Azen, Pemuda Keadilan.  Moderatornya ialah Datok Termizi Mat Jam.

Di antara petikan menarik dalam ucapan malam tadi termasuklah kata-kata berikut:

“Kita akan pertahankan Putrajaya sehingga ke titisan mani terakhir....” Cikgu Azmi Hamid

“Yang menanggung akibat fitnah Umno hari inilah adalah anak cucu kita ― anak dan cucu kepada anak-anak dan cucu-cucu anak cucu kita.  Merekalah yang menanggung musibah fitnah hari ini. Apakah kita, orang-orang Melayu masih lagi mahu berdiam diri?”

“Marilah kita doakan dimusnahkan para penfitnah yang jahat ini.”

    







2 comments:

Anonymous said...

Hebattt! Hebattttt! Hebaatttt!
Tersentak segala saraf dan sendi.


-azizi

barajiwa said...

Itulah Cikgu Azmi, kita bersetuju kerosakan oleh makhluk perosak ini sangat besar - teramatlah besar. Kita doakan tuan sihat. Insyallah kita bertemu pabila SAF, Saf Anti Fitnah (http://safantifitnah.blogspot.com) bertemu di Masjid Batu Permatang Pauh pada 16 April nanti. Insyallah...