Thursday, April 21, 2011

Memperkenalkan...

Tuan penasihat


‘Tuan Penasihat 10%’ adalah kaedah pengurusan yang wujud sejak manusia-pemimpin arif menikmati lemak manisnya ‘kuasa.’  Tuan Penasihat ini boleh saja individu atau kelompok orang dalam,  (the inner circle) yang dekat dengan tampuk kuasa.

Sebagai Tuan Penasihat tugas orang-orang kepercayaan ini ialah untuk memberikan nasihat profesionalnya, misalnya dalam kes-kes:

Projek Emel itu boleh dijadikan projek besar untuk mengapungkan syarikat milik suku sakat yang katanya sedang tenat dan nyawa-nyawa ikan.  Di samping itu segala propaganda yang SATU itu bolehlah diasak-asak secara berterusan dan konsisten ke telinga seluruh rakyat nan jelata. 

Biar bernanah segala telinga yang normal dan ― buta segala mata rakyat negara ini. Biarkan, biarkanlah.    
  
Penguasaan tanah orang-orang Melayu (dengan membawa maksud bahawa tanah-tanah tersebut telah ― dan sejak berkurun-kurun lagi didiami orang-orang Melayu itu.  Sebagai contoh Kampung Bandar Dalam, Daerah Gombak itu diterokai oleh pelarian Perang Paderi dalam abad yang ke-19.  Dan Pak Ishak Surin itu adalah di antara keturunan para pejuang itu yang tinggal di Kampong Bandar Dalam ini) lebih-lebih lagi di bandar-bandar,  tidak lagi mudah dirampas dengan tipu muslihat bahawa semua tindakan Gomen ini ialah demi ‘pembangunan dan demi kelangsungan hidup orang-orang Melayu.’ 

Ramai yang sudah sedar bahawa segala slogan ‘demi itu dan demi ini’ hanyalah silap mata Sang Gomen dalam menyonglap tanah untuk dilahap bersama para cukong yang menunggu seperti buaya-buaya lapar.

Namun segala usaha@venture pembangunan ini tidak selalunya berjalan licin.  Walaupun Tuan Penasihat kuno seperti Salleh Kamil dalam filem ‘Tiga Abdul’nya P. Ramlee  (perhatikan baik-baik: Bukannya  Tiga T) tidak belajar apa itu SWOT, dia tahu AJK Masjid adalah ancaman yang paling utama dan paling besar.

Tuan Penasihat cukup sedar bahawa tindakan yang paling strategik ialah dengan mengamankan AJK tersebut.   Apakah yang paling baik daripada tindakan menggantikan AJK ini dengan sanak saudara dan suku sakatnya Sang Gomen?


ii.

Yang paling strategik dalam sebarang pilihan raya ialah memastikan peti-peti undinya tidak hostile@garang-dan-mengancam Sang Gomen.  Jadi bagaimana jika kita menggantikan peti-peti undi yang asli ini dengan peti yang tidak hostile@mengancam?

Yang perlu difikirkan ialah kaedahnya.  Bagaimana jika kita buang saja peti-peti undi yang asli ini ke dalam sungai, laut atau hutan?

Kita gantikan saja peti-peti undinya dengan peti-peti yang lebih mesra...


iii.

Tuan Penasihat: Tambah 20 persen!

Siapa pula Tuan Penasihatnya Pakatan Rakyat?

  

No comments: