Percikan bunga api kemarahan rakyat
Semalam semasa kami dari Saf Anti Fitnah (SAF) dan Maruah berkumpul di Madrasah Tarbiah (Intifadah?) Kampung Badar Dalam, Gombak saya menjelaskan bahawa sesungguhnya kita sedikit terlambat untuk bertindak. Ya, bagi saya kita terlambat menyatakan rasa amarah terhadap fitnah ini setelah 13 tahun berlalu.
Dalam tahun 1998, SAF dan Maruah sudah sewajarnya ditubuhkan. Mungkin tatkala itu kita masih lagi berbaik sangka dengan Sang Penguasa itu.
Hari ini, 6 Mei 2011 kita bangkit untuk membantah perbuatan maha jijik yang memalukan seluruh Ummah dan juga bangsa Melayu.
Kita perangi politik kotor yang tidak jantan.
Sesungguhnya kita TIDAK lagi boleh TIDAK peduli.
Sila ikuti isi kandungan memorandum SAF dan Maruah ini dalam blognya SAF:
Terima kasih kepada pihak polis yang masih jua TIDAK lupa untuk menghurung, namun begitu tetap sudi membenarkan kami menyerahkan memorandum kepada JAWI. Sekali terima kasih.
ii.
Dalam gelora peristiwa ini di Masjid Negara hari dan pelbagai peristiwa lain, hati tetap teringat kepada seorang teman di Hospital Besar, Pulau Pinang.
Semoga Allah segera kembalikan Sdr Azizi Abdullah untuk bersama-sama kita.
Amin.
No comments:
Post a Comment