Doa untuk Aziz (2)
Khabarnya ketika Pak Samad dan Ibu Rafidah mengunjunginya di Hospital Besar Pulau Pinang wajahnya begitu berseri-seri sekali. Kata teman DBP Wilayah Utara yang sudi membawa dan menemani Pak Samad ke sana, air muka yang gembira itu jelas kelihatan.
Ada lagi seorang sahabat penulis yang kerap kita hubungi, Cikgu Anuar Asmadi ketua I (2PNP), untuk bertanya khabar tentang kesihatan Azizi. Dalam salah satu pesanan ringkasnya, Cikgu Anuar menyarankan, “ Kalau nak tahu lebih lanjut, elok kalau Kassim hubungi Kak Bedah, isterinya Azizi.”
Saya kongsikan berita ini dengan Ahmad Lutfi Othman. Dan salah satu pesanan ringkasnya Lutfi ialah seperti berikut:
KAK BEDAH: Terima kasih. Keadaan ustaz agak lemah dan krg stabil. Buat masa skrg, msh di icu. Doc minta dikrgkan pelawat krn masalah jangkitan kuman. Diminta sahabat2 dpt mendoakan kesihatan yg baik.
ii.
“Saya dianggap orang yang tidak mengejar hadiah dan antara penulis yang tidak senonoh atau kurang berlagak kerana saya selalu memakai selipar, kemeja, walaupun dalam majlis di hotel lima bintang. Saya akui bahawa saya ini orang kampung yang tidak pandai bergaya. Ketika menerima Hadiah Novel Kebangsaan Pak Sako I, ramai yang menegur apabila saya memakai kemeja batik sutera lengan panjang tetapi baju itu dimasukkan ke dalam. Biasanya baju kemeja begitu dilepaskan. Mujurlah ketika itu Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak ketawa.”
(Azizi Abdullah, Kuras-Kuras Kreatif, DBP Kuala Lumpur: 2007 hal 66)
Ramai yang sangat terkesan dengan ‘orang kampung yang tidak pandai bergaya’ ini. Pak Shukur sentiasa saja menambah Azizi ― Penulis Rakyat, setiap kali namanya disebut.
iii.
Ustaz,
Doa kami semua buat Ustaz.
Amin.
No comments:
Post a Comment