Wednesday, July 13, 2011

Pengalaman sebenar Bersih 2.0 Bahagian Kedua

4.0

Pengalaman sebenar Bersih 2.0 Bahagian Kedua


 
Hujan petang itu agak lama, dan siapa saja yang tidak bersedia secukupnya lalu terperangkap, tentunya bakal basah kuyup. Namun begitu ada juga manusia yang tidak mempedulikannya sama sekali; hujan lebat seperti itu bukanlah masalah besar kerana mereka hadir, lengkap dengan segala macam gearnya,  bekalan pakaiannya termasuk baju hujan. 

Di seberang jalan di persimpangan tempat yang satu ketika dulu tertegaknya Bulatan Edinburgh, kulihat dua orang anggota PDRM tercegat di tengah-tengah hujan lebat itu.  Mereka berseragam lengkap termasuk baju hujannya.  Ada sesuatu yang menarik perhatianku; jalur-jalur  kuning pakaiannya kelihatan paling jelas dan menarik kerana kontrasnya ― dari kejauhan kuning itu lebih menyala daripada legam biru air laut waktu senja. Betapa anehnya kehidupan ini,  warna kuning  yang dikejar-kejar  sehingga ke lubang cacing itulah yang dipakainya.

“Alangkah sia-sianya hidup orang-orang ini...terpaksa menghabiskan umurnya membuat kerja-kerja sebegini.”   Mungkin itu Hasni.

Mataku terasa cukup berat..lalu kuletakkan kepalaku  di atas meja Warung Rakyat yang bersejarah itu.

“Sim...jom kita pergi”  Dinsman mengejutkan aku.

Tak tahulah telah berapa lama aku terlelap, kepala beralaskan meja warung.  Rupa-rupanya nikmat juga tertidur walaupun di tempat yang tidak seberapa,  keselesaaannya.  Dan rasa ngantuknya  juga sudah hilang namun debaran pula yang mulai terasa.   

“Dah seriat (berhenti)?” 

Kami, kira-kira sepuluh orang manusia yang berkumpul di Warung Rakyat, terus bergerak menuruni cerun jalan menghala ke arah Stadium Merdeka.  Hujannya masih renyai-renyai,  namun sudah ramai yang mulai bergerak. Berjalan kaki menjadi mudah dan jauh lebih aman kerana tidak ada kenderaan yang lalu lalang.  Suasana trafiknya jauh lebih sepi daripada musim-musim cuti Hari Raya Fitrah.  Kuala Lumpur telah dilanggar garuda.  

Dalam perjalanan seorang Ah Moi sedang bersusah payah mahu mengenakan baju hujan kuningnya. Aku  


(Bersambung, insyallah)


No comments: