Thursday, September 15, 2011

Politik para ular

Pabila gagal berhujah


Pabila emosi digunakan untuk membelit dan segala belit-belit para ular itu ternyata  tidak lagi lut@berupaya mencederakan lawan (politiknya), ubahlah kaedah untuk menjatuhkan lawannya (politik). 

Dalam kitab perjuangan itu, ada fatwanya: Serangilah batang tubuh musuhmu itu. Carilah ‘kelemahan’ lawan (politik)mu itu.  Ya, carilah kes-kes lama yang satu ketika dulu mungkin pernah didedahkan oleh Kutty et al misalnya.  Kalau tidak ditemui cacat cela yang serius, rekalah sesuatu.  Misalnya kaki liwat.

Kalau tidak ditemui apa pun jua yang rangup lagi gurih atau apa saja yang ‘juicy’ tentang watak yang mahu diserang itu, ciptalah sesuatu.  Ya, ciptalah sesuatu.  Carilah tukang tulis, tukang reka, pakar lakonan untuk membentangkan kes. 

Ulanginya berkali-kali.  Ulanginya berkali, berkali, berkali...

Jangan risau, segala balaci cetak dan elektronik akan membentangkan kes-kes itu untuk santapan khalayak.

      
2.

Pabila ilmu agama yang disampaikan oleh ‘musuh’ (politik) di segala masjid kelihatannya berbobot, dipercayai tepat tapi nyata cukup mencederakan Sang Penguasa, cepat-cepatlah bertindak.

Bersembunyilah di sebalik tauliah dan dalih.  Katakan,  dan ulangi seribu kali, malah beribu-ribu kali bahawa “kamu itu tidak layak bercakap tentang agama.  Aku yang menentukan siapa yang layak bercakap tentang agama suci ini.”
 
Percayalah kalaulah Nabi hidup semula, Baginda pun memerlukan tauliah.


3.

Salam sejahtera untuk kamu, wahai Malaysia.

Maju dan mantaplah dakwahmu, wahai pendakwah sekalian.

Apa lagi yang belum rosak ─ dan binasa?


1 comment:

rahmat haron said...

zaman bohong yg diulang berkali-kali menjadi kebenaran itu telah lama berlalu. malah pengakhiran kpd taktik ini juga amat mengerikan.
Joseph Goebbels, menteri propaganda Hitler antara yg percaya dengan taktik, "If you tell a lie big enough and keep repeating..."
lihatlah apa yg terjd. di saat tentera bersekutu masuk ke berlin, Goebbels, Hitler dan beberapa kerat baruanya masih percaya dgn pembohongan mereka sendiri. di dalam bunker berlin, mereka menemui ajal di tangan mereka sendiri.

atau cerita purba, budak dan serigala.akhirnya meski benar, tak ada yg percaya.

utusan percaya putar tv3, tv3 percaya putar b hairan, b hairan percaya putar nst, nst percaya putar utusan. akhirnya mereka percaya putar itulah kebenaran dlm putaran propaganda di kalangan mereka sendiri.sementara org ramai semakin pandai