Tuesday, October 4, 2011

Pemimpin kita itu semestinya yang terbaik


Memilih pemimpin


“Konotasi pemimpin sebagai Bayangan Ilahi di atas muka bumi bermaksud bahawa tugas kepimpinan Islam ialah untuk melaksanakan tuntutan syariah Ilahi sebagai khalifah semampu mungkin dengan penuh ketakwaan.  Perbincangan di dewan legislatif bukan bermaksud mencipta undang-undang baharu, tetapi perbincangan ke arah perlaksanaan syariah dalam roh Islam.  Kepimpinan negara seolah-olah imam dalam solat.  Pemimpin harus dilantik dari kalangan yang terbaik dari segi ilmu, takwa dan akhlak, sepertimana seorang imam solat dipilih daripada golongan yang terbaik dalam sesuatu jamaah.  Setiap perbuatan imam solat harus diikuti oleh seluruh makmum.  Apabila imam tersilap bacaan, teguran dilakukan dengan penuh etika yang ditentu syariat.”


Mat Rofi Ismail dalam sesi Wacana Buku di Perpustakaan Awam Shah Alam, pada 4 Oktober 2011.  Buku yang diperkatakan oleh pensyarah UPM ini ialah “Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz”

Shaharir Mohd Zain, Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz: Kaab Enterprise, 2011. Kata pengantar oleh Dinsman.

 
Membaca teks di atas, kita teringat kepada soalan yang kerap ditanyakan oleh sesetengah pembaca dalam portal.  Ya, semacam soalan popular apabila kita berbicara tentang kepimpinan negara. Di antara soalan yang kerap ditanya itu:

“Kenapakah di negara kita, akhirnya peranan dan tanggungjawab untuk memilih siapakah imam itu ditentukan oleh segelintir manusia daripada sebuah parti itu saja?”



No comments: