Monday, January 23, 2012

Ha ha tahun Naga

Ha ha ha ha ― ha ha ha ― ha ha ha... yang pertama


Ahmad Lutfi Othman dalam Catatan Hujung bertajuk, “ Imej Pas Selangor tercalar” Harakah, bilangan 1710, bertarikh 23 – 26 Januari 2012 antara lain menulis:


“Sebenarnya, jika diikutkan hati, saya lebih suka untuk mengulas isu pengisytiharan harta dan aset milik menteri dan keluarga mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan bukan hanya kepada Perdana Menteri. Lebih menarik, respons Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz terhadap cadangan Pengerusi Lembaga Penasihat panel SPRM, Zaitun Zawiyah Puteh itu.

“Jika kita umumkan butiran (pengisytiharan aset) itu kepada orang ramai, ini akan membahayakan individu berkenaan, “ kata Nazri. Ha ha ha...”

Sungguh baguslah idea-skrip Maha Lawak ini.


2.

Ha ha ha... yang kedua


Sementara itu, Dinsman dalam Wacana Budaya keluaran Harakah yang sama, kali ini menulis tentang, “ Cuba tanya mereka makna ‘kebenaran’!” memberikan contoh tindakan Kerajaan Negeri Kedah:

Respons yang lain ialah terhadap teguran kepada Kerajaan Negeri Kedah yang bekerjasama dengan Gapena menganjurkan Hari Sastera 2012 akhir bulan ini. Banyak orang terkejut dengan tindakan Kerajaan Negeri Kedah itu. “Kenapa nak bekerjasama dengan pengampu dan penyokong kuat Umno itu?”

Namun, ada yang memberikan maklumat tambahan mengatakan ini bukan kai pertama Kerajaan Negeri Kedah berbuat demikian. Sudah acap kali. Seorang kawan memberitahu baru-baru ini Kolej Universiti Insaniah menganjurkan seminar di Langkawi, dan dia dijemput membentang kertas kerja.

“Tahu siapa yang merasmikan seminar itu?” Tanya dia, dan juga menjawab : “Dr Mahathir (Mohamad)”

Sungguh bertuahlah mereka yang terbuka@open.


3.

Ha ha ha ... yang ketiga


Ada orang berkata, ada Menteri yang mahu supaya NFC itu diaudit oleh Juruaudit Bertauliah. Saya hanya membaca ― sepintas lalu berita itu di dalam portal. Namun hati saya berterusan berkata: Ha ha ha... dan ha ha ha...

Sungguh kasihan JAN, Jabatan Audit Negara.


4.

Ha ha ha...ke empat

Ada pihak yang menggesa supaya cerita zakat untuk bayaran yuran guaman ini diusut sehingga ke akar umbinya. Ada yang kecewa, yang sakit hati, yang kecewa kerana Himpun tidak mahu berHIMPUN untuk bertanya bagaimana wang zakat yang bertimbun-timbun itu mereka belanjakan?

Mungkin ada sebuah atau beberapa buah firma Juruaudit yang akan dilantik untuk mengaudit bagaimana yuran guaman itu sebenarnya adalah salah satu asnaf yang lapan itu?

Sungguh beruntunglah mereka yang telahpun ditauliahkan oleh Langit.


Kepada semua pembaca: Selamat Menyambut Tahun Naga.

No comments: