Sunday, January 22, 2012

Membesarkan keazaman politik dengan

memperkecilkan keazaman diri

Dalam membicarakan kejayaan sesuatu gasasan atau agenda, sering dikatakan bahawa political will ― keazaman politik itu paling menentukan. Ertinya untuk sesuatu gagasan itu berjaya, gagasan atau agenda tersebut mestilah didokong oleh keazaman politik yang kuat. Tanpa dokongan sedemikian segala macam gagasan, betapa baik sekali pun gagasan tersebut, ia mungkin saja gagal. Demikianlah besarnya pengaruh keazaman politik ini.

Memang benar kita tidak boleh memperkecil-kecilkan faktor keazaman politik itu dalam menentukan kejayaan sesuatu gagasan itu. Namun begitu apakah ini bermakna azam politik itu adalah segala-galanya? Apakah kita semua menjadi begitu tidak terdaya sehinggakan perlu menyerah bulat-bulat ― total bahawa seluruh kehidupan kita itu hanya berpaksikan azam politik semata-mata? Hidup kita telah kalah dan telah tunduk kepada keazaman politik yang dipegang oleh orang-orang politik? Apakah tidak memadai jika kita katakan bahawa political will itu sangat penting tapi BUKANLAH SEGALA-GALANYA?

Apakah tidak benar bahawa kita masih memiliki ruang bertindak walaupun berada di luar kerangka keazaman politik?

2.

Seorang teman jurutera menceritakan bagaimana namanya dimasukkan sebagai pakar bidang dalam pembidaan satu kerja oleh Jurutera Perunding. Dipendekkan cerita, firma itu berhasil dengan pembidaannya tapi nama teman ini digugurkan. Mungkin nama teman ini ‘dipakai’ kerana dia memiliki nilai@‘standing’ di mata Jabatan/Agensi yang menawarkan kerja kejuruperundingan tersebut.

Firma Juruperunding telah bertukar menjadi tidak profesional mungkin kerana terpengaruh dengan budaya kebendaan yang begitu kuat sekali mencengkam. Apa pun Firma Juruperunding seperti ini jelas licik dan penipu. Firma-firma yang bersekongkol dengan orang-orang bisnes@kapitalis mengeratkan persekongkolan mereka untuk sama-sama mengejar laba boleh saja menjadi firma yang dipimpin oleh para pembohong yang licik. Apakah tingkah laku seperti ini berlaku jika ‘orang yang pakar’ (yang katanya profesional) itu masih kukuh-teguh menjunjung nilai-nilai profesionalismenya?

Adakah tingkah laku Juruperunding ini disebabkan ― dan dipengaruhi oleh kuasa-kuasa keazaman politik? Dengan perkataan lain, Juruperunding seperti di atas telah membenarkan haknya dirogol oleh keazaman politik? Atau Juruperunding seperti ini telah berhenti menjadi profesional sejati ― dia hanyalah cukong berlesen?

3.

Dalam kehidupan kita ini, keazaman politiklah yang paling menentukan ― dan ia menentukan segala-galanya. Tuan bersetuju dengan fahaman ketidakterdayaan absolut@absolute helplessness luar biasa seperti ini?

Bukankah semut yang paling kecil pun masih mampu menggigit?

No comments: