Cabaran terbesar: Mengurus harapan yang menggunung
(melihat kata-kata yang diterjemahkan - bukannya alasan)
Dalam dokumen Parti Islam Semalaysia, “Negara Berkebajikan: Tawaran Pas” oleh Parti Islam Semalaysia (Pusat), 2011 terdapat satu bahagian yang dinamakan sebagai Agenda Permulaan. Agenda Permulaan ini memuatkan 10 (sepuluh) agenda besar.
Agenda 4: Pendidikan Berkualiti, Berdaya Saing dan Boleh Capai.
Peluru/bullet yang keempat Agenda 4 ini menjanjikan sesuatu yang sekian lama dinantikan oleh rakyat:
Memberikan autonomi kepada universiti-universiti awam dan menjana iklim akademik yang sihat demi meningkatkan daya saing pendidikan tinggi di peringkat global.
Peluru/bullet yang kelima Agenda 4 ini pula menggariskan:
Menjana institusi pengajian tinggi yang berprestasi cemerlang dengan menambah peruntukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan jumlah yang setara dengan peruntukan (R&D) di negara-negara maju.
Sebelum itu ada satu lagi janji penting di dalam Agenda 1: Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih.
Peluru/bullet kelima:
Memulihkan agensi-agensi awam seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Jabatan Peguam Negara dan pasukan Polis Diraja (PDRM), seterusnya meminda peruntukan-peruntukan yang bercanggah dengan prinsip keadilan yang ada dalam akta-akta seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ordinan Darurat (EO), Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan lain-lain yang bukan sahaja bertentangan dengan prinsip-prinsip keadilan Islam, tetapi juga berlawanan dengan Piagam Asasi Manusia.
2.
Petikan di atas adalah di antara sekian banyaknya janji sekiranya Pas bersama sahabat-sahabatnya DAP dan PKR diberikan mandat (bukan madat) untuk memerintah Malaysia. Itulah di antara janji Pas dalam dokumen Negara Kebajikannya.
Kata sesetengah penghujah, kita belum berpeluang melihat apakah segala macam janji sepertimana yang digariskan di atas ini akan dipenuhi oleh pasukan Pas dan rakan-rakannya itu. Kata mereka lagi, Pakatan Rakyat belum lagi menguasai Putrajaya oleh itu impak kuasanya di peringkat negeri masih belum dapat dilihat sepenuhnya. Dalam konteks ini, ramai yang setuju kerana Sang Penguasa terbesar negara ini ialah siapa saja yang memegang tampuk Putrajaya.
Keadaan ketidakterdayaan@the state-of-helplessness (hopelessness?) sesebuah kerajaan negeri Pakatan Rakyat melaksanakan sesuatu itu yang bermakna itu ialah kerana tangannya masih lagi terikat? Apakah kita boleh terima seluruhnya hujah-hujah yang seperti ini? Misalnya dapatkah kita terima seluruh hujah bahawa AUKU masih berkuatkuasa di negara ini termasuk di IPT-IPT milik negeri-negeri Pakatan Rakyat, maka Akta itulah yang menjadi rujukan?
Sila bandingkan dengan janji-janji di atas:
Memulihkan agensi-agensi awam seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Jabatan Peguam Negara dan pasukan Polis Diraja (PDRM), seterusnya meminda peruntukan-peruntukan yang bercanggah dengan prinsip keadilan yang ada dalam akta-akta seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ordinan Darurat (EO), Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan lain-lain yang bukan sahaja bertentangan dengan prinsip-prinsip keadilan Islam, tetapi juga berlawanan dengan Piagam Asasi Manusia.
Memberikan autonomi kepada universiti-universiti awam dan menjana iklim akademik yang sihat demi meningkatkan daya saing pendidikan tinggi di peringkat global.
3.
Apakah makna semua ini?
i)Manusia yang telah dihamburkan janji-janji manis sentiasa menunggu dan tertunggu-tunggu janji-janji itu ditunaikan. Mereka ini menjadi semakin tidak sabar kerana Umno telah menjadi pembohong tegar selama lebih setengah abad.
ii) Peristiwa KUIN sewajarnya dilihat dalam konteks yang lebih positif: Bagaimana caranya untuk menterjemahkan harapan yang menggunung dan janji yang telah dihamburkan itu ke dunia nyata. Ini bermakna segala macam gormal dan alasan ala Umno/BN tidak boleh dipakai lagi.
iii) Dapatkah mahasiswa, anak-anak muda juga dilihat dan diperlakukan sebagai “ masyarakat diberi ruang untuk menunaikan hak awam mereka untuk tidak bersetuju dengan kerajaan (legitimate dissent) selama mana ia dilakukan secara tertib dan awam”? Sila rujuk halaman 25 Dokumen Negara Berkebajikan Pas.
Adakah anak-anak muda ini telah TIDAK tertib? Tidak tertib dari kaca mata siapa? Kaca mata AUKU yang dikatakan zalim itu?
Which is which?
No comments:
Post a Comment