Tuesday, January 24, 2012

Menantikan hujah 'The preferred leader'

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/

Najib always ahead of Anwar in popularity contest, says Soi Lek.

KUALA LUMPUR, Jan 24 — Datuk Seri Najib Razak has always been the preferred leader for Malaysians, says Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, rather than Datuk Seri Anwar Ibrahim who has lost support after “crying wolf” too many times.The MCA president also believed that Anwar’s sodomy acquittal had vindicated the prime minister and not the opposition…


KOMEN

Kita turut gumbira kerana Presiden MCA begitu yakin ― bosnyalah yang terbaik. PM wajar gembira kerana anak buahnya begitu sekali tinggi keyakinannya terhadap kepimpinannya. Syukurlah begitu. Kabinet Malaysia mampu melahirkan menteri yang begitu walak.

Sehubungan itu kita begitu gembira jika ― ya, JIKA PM dan Pemimpin Oposisi dapat berhujah secara berdepan, secara langsung tentang pelbagai nikmat kecemerlangan kepimpinan negara kita sekarang ini. Kita ingin mendengar kisah-kisah kehebatan par excellence ini dikupas oleh PM dan juga Pemimpin Oposisi.

Sudikah Presiden MCA ini aturkan?
Apakah ini satu permintaan yang terlalu berat?

Sementara menunggu saat yang bersejarah itu, marilah kita sama-sama doakan supaya 'hujah berdepan' ini menjadi kenyataan.

Amin.

No comments: