Sumber: http://malaysiakini.com/news/186945
The former Bar Council president cited a report in news portal The Malaysian Insider, which quoted premier Najib Abdul Razak as supporting Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, an organisation of silat groups.
The group had warned that it would take on Bersih 2.0 if the rally was not called off.
"I believe, if there are evil enemies who want to attack the country from without and within, ‘anak-anak lincah’ will rise to fight them,” Najib reportedly said two days before the rally.
On July 2, Ambiga related, Najib had labelled her as a "threat to Islam” when he said: "Who doesn’t know Ambiga. She’s the one who threatened Islam. And below her is Mat Sabu."
In Bersih's submission to the panel, the committee members of the coalition had also emphasised that Bersih was being attacked by Women, Family and Community Development Minister Shahrizat Abdul Jalil, Home Minister Hishammuddin Hussien and the Election Commission, among others.
PEMERHATIAN
i) Bagaimanakah cara terbaik untuk memutar-belitkan i.e. spin hujah terbaru demi untuk membidas pendedahan-pendedahan seperti di atas?
Ya, bagaimana cara terbaik untuk menidakkan, dengan sekeras-kerasnya bahawa segala yang disebut seperti di atas ini sama sekali tidak benar kerana itu adalah pembohongan yang nyata?
Di zaman silam, khususnya tahun-tahun 60an, 70an, 80an ― ertinya di zaman pra-internet, Sang Penguasalah penentu dan Maharaja segala kebenaran. Senjata itulah yang mereka pergunakan untuk menguburkan hidup-hidup jenayah dan kezaliman silam seperti Memali di Baling. Masih ingat visual seorang wanita tua yang terhoyong-hayang, mengayun-ayunkan sebilah parang kerana mahu melawan Sang Penguasa? Visual itu tak mungkin luput daripada ingatan. Dan kita juga tidak lupa siapakah Menteri yang menjaga tv ketika itu. Sampai ke hari ini ― penyakit merapunya tidak juga mahu reda.
ii) Sang Penguasa yang tanpa segan silu, tanpa rasa malu dan tepu kesombongannya setiap kali menggunakan (atau lebih tepat, menyalahgunakan) pelbagai aparat untuk menegakkan pembohongan demi pembohongan PASTI berdepan dengan hakikat yang tak boleh dinafikannya selama-lamaya.
Ya, satu hari nanti lesen besar untuk memperalatkan pelbagai aparat akan sampai ke penghujungnya ― akan sampai tarikh luputnya.
Bayangkanlah jika tuan yang menjadi juruhebah (atau lebih tepat, juruheboh) stesen tv, ditanya oleh sanak saudara (atau cucu dan cicit) yang masih muda yang tahu dan mahu berfikir, soalan-soalan seperti ini:
Apakah Mak Cik tak malu setiap kali membaca berita tentang duxxr itu dan ini dilewat?
Apakah Atuk tidak malu mengarang, merekacipta dan membaca berita-berita lucah seperti itu di kaca tv? Atuk sedikit pun tak tebal muka tatkala berbuat demikian?
Apakah Atuk lakukan semua ini kerana janji-janji saham bahagian Atuk itu? Syaratnya ialah sekiranya Atuk patuh?
Atuk tak malu tatkala bersekongkol dengan stesen tv yang sangat terkenal kerana spinnya@pembohongan-pembohongannya yang tak pernah kenal had, batas dan sempadan itu?
2.
Soalan yang sama dapat kita ajukan kepada para penulis, sasterawan dan juga segala para penjawat awam yang berpangkat, besar-besar itu:
Berapa lama lagi kita semua sanggup diperalatkan?
Apakah habuannya cukup berbaloi, ya selama-lamanya, berbaloi?
No comments:
Post a Comment