Thursday, January 19, 2012

Undang-Undang, Kajiselidik dan Aparat

Bila mahu berdebat?

Berita Pertama

Sumber: http://malaysiakini.com/news/187045

'Tindakan mahkamah jika BERSIH ke jalanan lagi' Hazlan Zakaria 1:26PM Jan 19, 2012


Peserta Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Pakatan (BERSIH) akan berdepan dengan tindakan jika mereka sekali lagi turun ke jalanan dan mengadakan himpunan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.


Berita Kedua

Sumber: http://malaysiakini.com/news/187114

Kajiselidik: Najib lebih berkemampuan dari Anwar Aidila Razak 8:28PM Jan 19, 2012


Satu kajiselidik yang dijalankan oleh Universiti Malaya akhir tahun lalu, menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi pemimpin pilihan berbanding dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


IMBASAN

Berita pertama mengingatkan kita kepada amaran ketua segala pahlawan Pasir Mas hari-hari sebelum Bersih 2.0 yang bersejarah itu meletup di Kuala Lumpur. Ketika itu di sekitar Ibu Kota, tak seekor pun dwi-alam yang kelihatan. Amfobia (ejaannya betul, Am fobia) istimewa ini telah berlindung di balik tempurung.

Berita ini juga (sekali lagi) turut mengingatkan kita betapa sedapnya memiliki kuasa. Macam kata pepatah, ada beras kerja jadi deras. Ada kuasa, kepala jadi sasa.


Berita kedua membuat kita turut berkempan: Ayuh, bawalah debat itu ke mari. Seluruh negara begitu teruja menunggu.

Tak payah guna segala macam IPT itu dan ini untuk segala macam gormal.

Kami ingin saksikan DEBAT itu.

No comments: