Wednesday, January 18, 2012

Tekad anak muda

Biar kumati dalam kemuliaan


Amin terkejut. Dia berhenti membalas-balas pesanan ringkas dengan anak muda itu. Jika teks ringkas tidak baku, tanpa aturan itu seekor tedung selar sesat, Amin pasti menggodamnya sehingga lumat.

“Anak muda kini lbh suka masuk penjara. sudah bosan dgn hidup, mati dalam kemuliaan jadi tjuan.”

Amin mencongak, menghitung, membilang bilah-bilah warasnya.

Kita boleh saja persetan kata-kata begini sebagai tempik sorak orang-orang kepala berserabut ― mereka yang kecewa, atau lebih buruk mereka yang tak ada pegangan hidup. Apa benar ini hanyalah citra nihilsme manusia yang hilang arah dan hilang tujuan hidup? Ya, kita boleh saja berpura-pura tidak faham atau tidak pernah menerima atau tidak pernah mendengar kata-kata sebegini. Kita boleh saja ragu-ragu dengan kesungguhan kata-kata yang diluahkan oleh anak muda ini.

Namun kita tidak boleh yakin seratus peratus bahawa tidak akan ada kemungkinan yang lebih buruk melainkan kata-kata.

Amin tidak ketemu jawapannya. Atau Amin belum temui jawapannya?

Ada soalan yang tidak mahu pergi-pergi: Apa yang KITA semua TIDAK lakukan sehingga ada anak muda bertegas mahu memilih jalan sengsara untuk bahagia?

No comments: