Sumber: http://malaysiakini.com/news/190154
Mahathir: NEP made some non-Malays rich, too
Nigel Aw
1:37PM Feb 24, 2012
Former prime minister Dr Mahathir Mohamad today brushed aside claims that the New Economic Policy (NEP) had only benefitted the Malay super rich, stressing that the affirmative action for the Malays had also made non-Malays millionaires.
2.
Sumber: http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=352378
13 Ogos, 2008 00:25 AM
Jangan Kacau UiTM, Kata Naib Canselor
SHAH ALAM, 12 Ogos (Bernama) -- Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Datuk Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah meminta Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya tidak mencampuri dan mengacau pentadbiran pusat pengajian tinggi itu.
Dalam nada keras beliau berkata Abdul Khalid boleh menggunakan Universiti Industri Selangor (UNISEL), kolej-kolej komuniti dan institusi pengajian tinggi awam dan swasta lain jika mahu menolong golongan bukan Bumiputera tetapi jangan kacau UiTM.
UiTM merupakan satu-satunya institusi terakhir bagi orang Melayu untuk mengubah nasib mereka menerusi pendidikan dan tidak ada sebab mengapa ada pihak cuba mencampuri atau mengacau pentadbirannya selama ini, katanya pada sidang akhbar di sini, Selasa.
Beliau menyifatkan kenyataan Abdul Khalid pada Ahad lepas supaya 10 peratus kuota kemasukan ke UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera dan pelajar asing, adalah berunsur politik semata-mata.
3.
Apakah di antara ‘dapatan’ yang boleh kita petik daripada dua cebisan berita di atas?
Pertama:
Kedua-dua isu di atas menyentuh soal peluang-kesempatan untuk memiliki sumber yang terhad negara kita, iaitu kekayaan dan peluang untuk menjadi pandai. Yang pertama menyentuh NEP. Kata Kutty, rakyat ― khususnya yang keturunan Cina, juga berpeluang memperolehi kekayaan negara kita. Sebabnya: Habuan juga diberikan kepada orang-orang bukan Melayu.
Cuma Kutty TIDAK memberitahu kita, Cina mana atau India mana yang diberikan habuan-habuan tersebut. Ertinya, rakyat tak perlu tahu kepada siapa kekayaan negara ini diagih-agihkan, mereka bedak-bedakkan. Biarlah segala urusan bedak membedakkan kekayaan negara ini diurus oleh mereka yang MAHA tahu dan MAHA arif saja.
Mungkin dalam negara Sdn Berhad, terserahlah ― kepala bapak mana pun mau diagih-agihkan kekayaannya.
Kedua:
Mari kita beralih kepada isu yang kedua. Menteri Besar Selangor telah mencadangkan supaya 10% daripada tempat di UiTM itu diagihkan juga kepada pelajar-pelajar bukan-Melayu. Rasional cadangan Tan Sri Khalid Ibrahim ialah untuk meningkatkan lagi prestasi, daya saing dan kehebatan UiTM. Kata MB yang pernah mengepalai PNB ini, biar segala penuntut yang Bumiputera dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak itu bersaing juga dengan pelajar-pelajar bukan Melayu. Dengan cara ini maka prestasi, kehebatan dan nilai graduan UiTM, mencanak.
Reaksi terhadap cadangan itu telahpun kita ketahui. MB yang berpengalaman dalam dunia korporat ini dihentam lunyai ― kiri dan kanan.
Kelihatannya para pejuang Melayu tulen ini mahu, dengan segala daya upaya dan kudrat mereka, pastikan segala hak Melayu itu dipertahankan. Dalam konteks ini, haknya ialah untuk mencari ilmu dan menjadi pandai. Dan ‘hak’ Melayu untuk belajar dan menjadi manusia pandai itu wujud di UiTM.
Apakah peluang untuk belajar dan menjadi manusia yang pandai dan berguna itu tidak wujud di institusi-institusi awam lain seperti KTAR misalnya? Apakah para pejuang Melayu ini tidak doyan untuk perjuangkan supaya diperolehi keistimewaan tempat untuk orang-orang Melayu di KTAR juga? Kalau tidak berselera, mengapa? Bukankah isunya ialah kesempatan dan peluang untuk orang-orang Melayu menjadi terpelajar dan pandai?
Ketiga:
Kutty mengaku bahawa NEP juga telah mengangkat orang-orang bukan Melayu yang terpilih untuk menjadi jutawan. Ya, orang-orang bukan Melayu tertentu juga mendapat manfaat langsung NEP.
Dalam konteks pelaksanaan NEP sepertimana yang didedahkan Kutty ini, adakah suara-suara para pejuang Melayu ― suara pejuang yang bangkit ― untuk bertanya perihal perbuatan Kutty yang DURHAKA kepada agenda Melayunya UMNO itu?
Mungkin sehari dua lagi, kita bakal melihat Perkasam dan Jati menghantar nota protes kepada Kutty kerana perbuatan durhakanya terhadap agenda Melayunya dulu.
Penutup:
Bila-bila pun ― putar belit seperti ini tidak akan berhenti ― sampai bila-bila pun.
Putar belit tentang Melayu, Islam tak akan berhenti, bila-bila, dan sampai bila-bila pun.
Mahu kita apakan dengan Para Putar-Belit ini?
No comments:
Post a Comment