Air sebagai senjata
Air, hutan dan hasil galian adalah di antara sumber alam yang sangat berharga. Kalau kita kembangkan kenyataan, statement ini selangkah lagi, ia mungkin berbunyi begini: Siapa saja yang memiliki sumber-sumber alam seperti air, hutan dan galian akan menjadi kaya dan perkasa. Apakah benar kenyataan begitu? Mungkin memiliki khazanah yang berharga belum mencukupi untuk menjadikan sesebuah penguasa itu perkasa kerana di sana ada faktor-faktor lain yang lebih menentukan.
Lalu apakah yang lebih tepat? Mungkin yang lebih tepat ialah sesiapa saja yang MENGUASAI sumber alam itu akan menjadi kaya. Dan siapa saja yang dapat MENGAWAL sumber alam yang sangat berharga ini akan bertambah kaya dan perkasa dengan PENGUASAAN seperti ini. Siapa saja yang MENGUASAI sumber alam yang strategik seperti minyak mentah dapat menggunakannya sebagai senjata untuk membuli.
Ramai manusia berfikir sedar bahawa pertelagahan berterusan di Timur Tengah itu berkait rapat dengan kerja buat untuk merebut segala telaga minyak Timur Tengah. Oleh sebab itu Timur Tengah sentiasa saja menjadi agenda penting kepada para penguasa-perakus dunia. Oleh sebab itu, Iran tidak boleh menjadi negara bebas dan perkasa.
2.
Kelantan yang dituduh Sang Penguasa sebagai termiskin di Malaysia dapat bernafas kerana hasil hutannya dan juga kerana pengurusan sumbernya dengan cara yang berhemah. Rakyat Kelantan yang telah meninggalkan Sang Penguasa Besar negara kita, selama lebih 20 tahun untuk bersama-sama saf TGNA, kelihatannya seolah-olah dan ― bukannya sebahagian daripada Persekutuan Malaysia. Kelantan diladeni demikian rupa kerana negeri itu ― agaknya adalah anak tiri laki Pak Hang yang tidak dipedulikan.
Maka Kelantan yang tidak dimiliki Sang Penguasa Besar itu pun tidak diberikan royalti minyaknya. Bahan galian, sumber alam, sumber yang boleh membawa kemewahan kepada Kelantan terus dinafikan kepada rakyat Kelantan. Kuasa yang dikuasainya itu telah digunakan untuk membuli@menzalimi.
Apa pun Kelantan terus bertahan dan insyallah kekal bertahan. Sementara itu, ada senjata yang tidak mungkin direntap oleh siapa saja. Rakyat Kelantan boleh menggunakan aduan langsung kerana terus-terusan dizalimi oleh Sang Penguasa Besar negara kita.
3.
Di Selangor air dan pasir (bahan galian) sebagai khazanah alam menjadi salah satu isu yang berterusan dimain-mainkan oleh aparat-pecacai Sang Penguasa Besar negara kita. Di Kelantan, air juga menjadi isu yang tidak pernah padam-padam. ‘Lagu’ air ini terus saja muncul dan dimunculkan menjelang setiap pilihan raya. Sementara itu, air boleh saja menjadi senjata untuk membaham Pulau Pinang sekiranya Kedah tewas dalam PRU 13 nanti dan Pulau Pinang kekal bersama-sama Pakatan.
Negeri pimpinan LGE yang katanya mendapat pujian melangit para pekerja dan pimpinan Pas Negeri Pulau Pinang, memperolehi sumber air tambahan daripada Negeri Kedah. Dalam senario sedia ada, katanya Empangan Beris memberikan manfaat yang cukup besar kepada Pulau Pinang. Apakah Kedah di bawah Sang Penguasa Besar negara kita selepas selesai PRU 13 akan tetap bersimpati dalam isu-isu seperti bekalan air ini?
4.
Senario sumber alam yang sangat berharga seperti air sebagai senjata politik adalah sesuatu yang real yang tidak boleh dipandang mudah.
Air ― sumber alam yang mengalir di dalam segala sungai adalah milik Kerajaan negeri. Apakah kerajaan-kerajaan negeri tidak mampu berbuat apa-apa untuk melawan perangai membuli Sang Penguasa Besar negara kita?
Kelantan telah menunjukkan caranya dalam isu Felda ― gadis sunti yang begitu digilai pasangan Isa Samad-Najib Razak.
No comments:
Post a Comment