Kenyataan Media Bersama
MAPIM dan SHURA
23hb Februari 2012
KERAJAAN TURUT BERSEKONGKOL DENGAN ISRAEL APABILA MEMBENARKAN SYARIKAT MALAYSIA BERURUS NIAGA DENGAN ISRAEL.
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) kesal dan membantah keras dasar kerajaan mengizinkan syarikat Malaysia berusniaga dengan syarikat atau kerajaan Israel.
Kerajaan Malaysia tidak boleh berlepas tangan dengan mengatakan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel tetapi merestui syarikat Malaysia mengadakan hubungan perniagaan dengan Israel.
Ini sama dengan mengatakan sebuah ketua rumah tidak mahu mengiktiraf perompak tetapi membenarkan anggota keluarganya berurusan dengan perombak untuk mendapat keuntungan bersama .
Apakah kerajaan boleh menganggap dirinya bersih dari menyokong ekonomi Israel dengan hanya mengatakan dia tidak mengiktiraf Israel tetapi maseh mahu mengadakan hubungan ekonomi dengan sebuah negara haram iaitu Israel.
Bukankah ini merupakan polisi hipokrit . Dalam satu ketika Malaysia tidak mahu iktiraf Israel namun dalam ketika yang lain turut menyumbang kepada aktiviti ekonomi Israel.
Kami dengan ini mendesak kerajaan Malaysia mendedahkan semua syarikat semada milik swasta yang bertapak di Malaysia atau mana-mana syarikat GLC yang mengadakan urusniaga dengan mana-mana syarikat Israel.
Kerajaan juga hendaklah mendedahkan apakah barangan dan perkhidmatan Israel yang masuk ke Malaysia melalui pihak ketiga seperti Singapore dan Thailand.
Kerajaan perlu telus mengenai urusniaga yang dijalankan antara syarikat-syarikat Malaysia dan Israel . Kerajaan juga hendaklah mendedahkan berapakah nilai perniagaan yang dilakukan antara pihak-pihak berkenaan dengan Israel.
Kami tidak dapat menerima alasan kerajaan bahawa urusniaga syarikat swasta dengan Israel tidak boleh dikawal . Dengan segala kelulusan yang berkaitan dengan import dan eskport yang pasti melalui agensi-agensi kerajaan yang berkaitan , perdagangan dengan Israel sememangnya boleh dipantau dan dihalang.
Kami mendesak supaya suatu dasar yang jelas mengenai larangan berusniaga dengan mana-mana syarikat Israel hendaklah ditetapkan dengan jelas dan tegas.
Kami mengutuk keputusan pihak berkuasa yang membenarkan kapal syarikat Israel berlabuh di pelabuhan Klang.
Jika Gaza dikenakan dasar kepungan (blockade) sepenuhnya oleh tentera Israel sehingga tidak memungkin mana-mana kapal luar mendekati pantai Gaza , kenapa Malaysia dengan mudah membenarkan kapal Israel berlabuh di perairan Malaysia.
Bukankah ini menunjukkan Malaysia tidak konsisten dengan penentangannya terhadap Israel.
MAPIM dan SHURA mendesak supaya kerajaan tidak membenarkan mana-mana kapal perdagangan Israel masuk ke dalam perairan Malaysia. Mengizinkan kapal Israel berlabuh walaupun tidak membenarkan krewnya mendarat tidak membawa erti apa-apa kerana yang jelas ialah kebenaran memasukki perairan Malaysia itu sendiri sudah memberi mesej bahawa Malaysia merestui dan mengiktiraf Israel.
Mohd Azmi Abdul Hamid Abdul Ghani Samsuddin
Setiausaha Agong MAPIM Pengerusi SHURA
No comments:
Post a Comment